Skip to main content

BELUM CUKUP KUAT!

Post ni aku buat lepas mrshaiii buat shoutbox...kepada semua ahli2 msjbox yg hadir aku mohon maaf banyak2 kerana aku belum cukup kuat untuk datang menghadiri Majlis Berbuka Puasa Sabtu lepas...

Cerita hari ini memang banyak tentang 'belum cukup kuat'. Pernah kah terfikir bahawa kadang kala kita belum cukup kuat untuk menghadapi cabaran. Kadang merasakan kekuatan yang dipendam dan dikumpul sudah mencukupi dan memadai untuk berhadapan dengan gelombang yang deras. Walaupun beranggapan musuh hanyalah lemah berdasarkan ujian atas kertas.

Lihatlah bukti bagaimana hati ini luluh bila Chelsea hanya mampu seri 1 sama. Lebih memilukan pasukan yang menyekat kemenangan Chelsea tu adalah pasukan di tangga tercorot liga(Everton). Kalau macam MU nda apa sebab seri dengan Tottenham(ke2 liga). Tapi itulah realiti yang sukar untuk diteka.

Sekarang sudah masuk Ramadhan yang ke20, tapi aku merasakan aku tetap aku. Tekad yang ditanam 20 hari yang lepas masih belum bercambah dan mengeluarkan bunga nya. Sudah nda terkira berapa malam terawih yang aku tertinggal. Benar lah belum cukup kuat hati ini.

Tinggal 3hari sebelum balik kampung. Projek belum siap sebab aku belum cukup kuat. Kalau macam ni, alamatnya aku siapkan di rumah ja la projek ni dan hantar pos sebelum 7Nov.

Entah la...Nota Suara Aku pun macam belum cukup kuat untuk menjadi jurumudi bicara pendamai mereka yang bertelegah dan menyelesaikan beribu-ribu masalah yang berlaku.

Cerita lain sikit, akhirnya dia menceritakan juga sejarah dan perjalanan hidup sebelum bergelar Suami. Aku beli kaset TooPhat yang baru....apa yg dapat aku simpulkan, aku hanya tertarik dengan beberapa buah lagu. Mungkin kerana nda mahir ber'inggeris' jadi aku nda dapat menyelami maksud sesetengah lagu tu. Tapi aku suka lagu I'm Not Sexy feat. Inul Daristita. Begitu juga dengan lagu Old School...Oklah,bagi yang lain...aku rasa nda rugi membeli kaset TooPhat ni, dan sokonglah mereka kerana mereka ingin membina empayar di Asia ini.

Comments

Anonymous said…
akhirnya tak datang juga yer irman, tak pa lain kali boleh datang, Am lagi teruk 2 kali dapat jemputan, 2 kali pun tak hadir
activ8ions said…
ayyah.. chelsea kurang luck tuh..
byk shot-off target.. lebey kurang 25..
SWP pulah 'tak sihat'..
kalo lar.. SWP tak tackle dlm kotak penalti..
hmm, tapi itu dah takdir..
jose pon cakap.. kiter tak mungkin selalu menang..
yg penting semangat membara mesti terus..
confidence utk terus menang misti terus tersemat disanubari..
camnih datanglah kekuatan..
itu barulah juara..

-peace-

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!