Skip to main content

MENJEJAK CAHAYA YANG DITEMUI

Rasanya pelik tajuk entry hari ini. Sudah lama aku temui cahaya ini. Sejak aku mula mengenal alif ba ta. Interpretasi maksud kadang menampar. Kagum dengan tanda-tanda, tapi masih belum mampu untuk merubah kewujudan diri yang lalu. Aku aku lah juga. Tiang yang aku tegakkan aku robohkan sendiri. Cakap berdegar-degar, tapi tidak serupa bikin. Kadang setaraf pula dengan ciptaan tidak berakal. Astaghfirullah.....

Dengki dan cemburu hati ini sentiasa ada tiap degup jantung dan hembus udara. Cahaya yang aku temui 14tahun lalu masih lagi aku raba padahal celik mata berkaca mata.

Semalam aku call bro' di sekolah lama untuk meminta petua untuk mencuci hati. Tetapi kesempatan untuk bicara lanjut terputus kerana bateri hp nya kong(bengang betul). Benarkah keterangan orang yang berilmu itu tidak layak untuk mendapat ilmu dari orang yang kurang ilmunya? Atau kita terlupa "sampaikan kepada ku walaupun satu ayat" saranan Nabi s.a.w...mungkin nda juga.

Logik akal, yang di cahayai akan terang, yang celik akan nampak, yang nampak itu indah, yang indah itu imaginasi, imaginasi semuanya indah, indah berbeza maksudnya bagi setiap orang.

Semalam menu berbuka ialah Nasi Dagang. Kalau nda silap, minggu lepas sehinggalah minggu ni menu aku ndada lain, itu ja'. Bukan apa, tapi masa Ramadhan ni ja la aku dapat memenuhi keinginan makan Nasi ni yang menjadi peberet dishes sejak umur 7tahun lagi.....Pelik juga...orang Sabah suka makanan Terengganu...tapi tiada yang peliknya....kitakan Malaysians.

Di bulan yang mulia ni, aku mengharapkan Ramadhan yang terbaik berbanding tahun2 sebelumnya.

Comments

romzi seli said…
rasanya tidak pelik orang sabah makan makanan orang terengganu. sebab aku sendiri pun minat banyak makanan semenanjung terutama nasi kerabu dan laksa johor. huhuhu

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!