Skip to main content

IMEJ DAN MESEJ

Orang akan kata nasyid itu baik. Sebaliknya orang akan kata rock itu tidak baik. Orang juga akan kata pakai kopiah atau serban itu baik. Sebaliknya orang akan kata tidak pakai tudung dan berseluar pendek itu tidak baik. Tapi bukan sedikit yang akan mengatakan sebaliknya. Kenapa dan mengapa?

Hari ini aku mahu berkongsi satu pandangan, antara imej dan mesej, anda dahulukan yang mana? Mungkin tidak dapat dinafikan ini adalah lebih kepada persoalan muzik yang tidak akan habis2 dibincangkan oleh semua lapisan masyarakat. Dari orang bandar ke luar bandar, di darat ataupun lautan bahkan angkasa sekalipun. Dari budak tadika,murid2 sekolah rendah, pelajar2 sekolah menengah, mahasiswa/i, cikgu,pensyarah, jurutera, juruterbang, jururawat, buruh kasar dan orang tua juga tidak ketinggalan. Boleh dikatakan dengan muzik semua orang dalam satu tahap yang sama.

IMEJ
Muzik dapat membentuk imej kendiri. Daripada yang lembut boleh bertukar jadi keras dengan mendengar muzik. Daripada malu boleh menjadi berani pula berhadapan dengan orang ramai walau di tandas. Muzik juga adalah satu senjata untuk mempengaruhi kita, terutamanya anak-anak muda/i.


Percaya atau tidak muzik mempunyai kuasa yang lembut tapi keras. Satu kajian yang dibuat di luar negara, menunjukkan pokok dapat hidup segar dengan muzik2 lembut seperti Beethoven tapi apabila di pasang dengan muzik rock, pokok tersebut jadi layu dan mati! Kayu pun tahu nak menilai muzik!

MESEJ
Sebahagian orang akan berdiri di atas nama mesej yang disampaikan. Dia tidak suka dengan muzik dangdut sebab temanya mengagungkan cinta kepada kekasih, jauh dari tuhan. Dia suka muzik metal sebab mesej yang dibawakan adalah tentang kemusnahan dunia, perkembangan semasa, mesejnya mengutuk keganasan dan sebagainya.

Ada juga alasan yang mengatakan nasyid sekarang tidak boleh dipakai lagi sebab muziknya menggunakan keyboard dan gitar! Jauh menyimpang dari lagu2 nasyid dulu yang menggunakan kompang, tamborin, bongo dan alat2 konvensional lah. Kata tengok mesej, tapi yang dinilai tentang muzik pula.

Macam mana mahu membezakan sesuatu perkara kalau lain yang dibezakan. Mesej lagu metal dibandingkan dengan imej lagu nasyid! Kita kadang keliru untuk berbicara atas parameter imej atau mesej. Sebab itu lah orang di luar sana akan menggunakan muzik sebagai senjata untuk memporak-perandakan masyarakat kita hanya dengan muzik.

Nota Suara Aku tidak benci kepada mana2 genre muzik. Tapi apabila kerana muzik kita menjadi tidak tentu arah, seperti pertimbangan kita sedang dipukul seperti dram atau bongo, di petik2 seperti gitar, ditekan2 seperti keyboard, digoncang2 seperti tamborin. Akhirnya, apabila mulut telah terkunci, hati sudah terbakar, mata jadi buta, mereka akan berkata ikut suka hati aku lah! Yang kau sibuk kenapa?

Comments

Anonymous said…
Irman, muzik memang ada kebaikannya seperti kata irman itu tapi ramai takut ada setengah2 muzik juga yang membawa sifat negatif

Ok ada satu soalan untuk irman, tapi kena jawab dengan ikhlas, jika suatu hari nanti irman ada anak, irman nak tak anak irman pakai seluar pendek dan terlonjat disini sana. Jawapan pada persoalan irman ada dijawapan irman itu.

Ramai yg kata kenapa nak tegah org minat muzik itu muzik ini, pakai seksi, suka diaoranglah tapi kenapa anak sendiri kita tak kasi, apa bezanya anak org lain dengan anak kita
Abah Mui'zz said…
Abah pulak teringat kata seseorang pada abah. Katanya, "Muzik dan lagu tidak ditegah dalam Islam, asalkan kena pada muzik dan masanya. Tetapi, muzik, lagu dan hiburan yang berlebihan bisa mengeraskan hati".

Bab imej diri tu, abah cuma berani kata, "berpada-padalah dalam melaksanakan hak kita". Memang kita ada hak untuk berpakaian seksi, meminati muzik metal dsbnya, tapi apakah hak orang lain diberi kiranya dengan nampak kita pakai seksi itulah dia terbabas motor/kereta, atau dengan dengar muzik rock itulah, anak jiran kita menangis tak boleh tidur.
irman_rahs said…
jwpn bagi soalan Am tu, mesti sy tak suka anak sy pakai seluar pendek klu lelaki ada excuse sikit tapi tidak pada perempuan,perbezaan antara manusia tu terletak pada akalnya. Bagi sy menegah org lain tu supaya dia takkan menyusahkan sy bila anak sy terpengaruh dgn diorang ni!

utk Abah-Muiz pula, yg berlebih-lebihan tu la yg kita tak mau. Mungkin bagi kita semuanya bole pakai, tapi bagi golongan yg terkecuali ni, padahnya akan terkena dgn kita juga.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!