Skip to main content

MENJELAJAH ALAM

Semalam nda sempat letak entry sebab kesibukan siapkan assgmt las minit. Pastu ada kelas pukul4 sampai kul5. Lepas kelas aku ke Mines dgn member tengok wayang!Longkhong....

Cerita ni mau kata seram tak seram juga. Tapi perkataan yang paling sesuai ialah NGERI! Aku cadangkan siapa yang lemah jantung atau lemah semangat tak payah tengok lah. Aku tengok tu pun, dalam hati aku cuma satu....bila mau abis cerita ni.....tak pun, bila nak siang?....kekejaman yang dilakukan oleh Cikgu Ponar tu sukar untuk digambarkan.....Ini lah rupanya kelas yang ditunjukkan dalam filem Thai....ending nya pun tidak disangka2....itu kisah alam panggung

Semalam duit aku terbang lagi RM13.50 semata2 kerana buku 'Ke arah kelahiran Melayu Glokal'. Mulanya aku rasa waswas juga sebab takut tak mencapai standard yang aku inginkan. Aku tak suka buku yang hanya memuji yang tak patut. Aku juga tak suka buku yang bercerita pasal isu yang hanya memperbodohkan aku! Aku juga tak suka buku yang tidak membina pemikiran aku sebagai mahasiswa kelas pertama ni. Tapi alhamdulillah....aku dapat merasakan inilah buku pertama yang akan aku habiskan sepanjang karier aku sebagai pembeli buku2 ilmiah ni. Aku juga memuji penerbit buku ni, sebab disamping menjual buku, penerbit mengangkat darjat bahasa melayu....tak lah aku susah2 buka kamus kalau tulisannya dalam Inggeris....itu kisah alam buku

Semalam aku sudah plan mau tulis apa dalam blog hari ini, tapi semuanya hilang pula. Mungkin aku nda fokus sebab terasa macam alam perut aku sedang dijelajah oleh angin....ini yang aku tidak suka ni...

Aku semalam duduk sebelah Nizam masa kelas kepimpinan....Dia tanya apa respon aku dengan tulisan baju budak depan kami tu. Dia bengang bila aku tak kisah dengan budak perempuan yg duduk depan kami tu pakai baju black metal!Alasan aku ialah dia bukan Islam pun..dia kata aku double standard! Aku kata lagi black metal diharamkan oleh Islam, jadi diorg ni tak termasuk la....dia cakap itu muzik!aku terpikir lepas ni mau jelajah alam muzik la pula dan aku rasa Nizam orang yang sesuai sebab dia ni kira neutral jugalah dlm berfikir.

Nota Suara Aku macam mau memberontak ja sbb perut aku ni....serabut....kacaubilau...tension!

Comments

Anonymous said…
Am memang berminat nak tengok cerita Longkhong ni, mungkin cuti minggu depan akan ke pangung menonton, kalau org jerit Am pun akan ikut sama jerit hehehe

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!