Skip to main content

MENJELAJAH DUNIA

Aku sudah di sem akhir d universiti ni. Tapi masih banyak tempat lagi tapak kaki aku belum jejak. Antara matlamat aku meneruskan pembelajaran di semenanjung ni, sebab aku mau melihat dunia luar. Aku nda mau terperap di dunia sendiri. Aku beranggapan hanya dengan melihat dengan mata sendiri barulah kita dapat meluaskan pemikiran kita tentang dunia yang luas ni.

Banyak matlamat aku sudah tercapai, tapi aku rasa ni antara yang terpenting tapi belum terlaksana. Insya-Allah cuti mid sem ni, aku ikut coursemate balik Kelantan. Bestnya....kalau berjaya maksudnya negeri yang aku belum pergi akan berkurang list.

Dulu, ramai orang tanya kenapa dalam senarai pilihan universiti aku tidak masukkan UMS sebab dekat. Aku rasa bila aku di Sabah sahaja, idea aku tidak akan berkembang. Aku mungkin tidak tahu untuk bawa motor kalau aku belajar di Sabah. Aku juga tidak mungkin dapat melihat Putrajaya, KLCC, KLIA, Menara Petronas dan mcm2 lagi la. Aku tidak mahu jadi macam katak di bawah tempurung. Hanya tahu persekitaran dalaman ja. Aku bersyukur sebab dapat belajar di UPM ni. Macam-macam gelagat dapat aku pelajari. Macam2 orang juga dapat ditemui.

Apa yang aku rasa paling berharga, ialah apabila aku dapat meneruskan usaha aku untuk menjadi pendebat universiti. Bukan semua orang dapat merealisasikannya.Walaupun di sekolah aku bukanlah hero! Tapi aku dapat bersaing dengan mahasiswa/i dan aku masih seperti dulu. Bukan hero tapi yang penting aku dapat menyumbang.

Bapa aku selalu sangat berpesan, biar semua orang jadi kawan kita. Tolong siapa yang perlukan bantuan dan paling penting jangan cari musuh!Tapi jangan pula sampai orang boleh pijak kepala kita. Aku pun menjelajah dunia siber untuk mencari kawan selain di dalam kampus. Pandai dalam IT adalah satu rahmat kalau aku dapat menguasainya. Tapi dengan ilmu sejemput ni, aku dapat berkenalan dengan macam2 peringkat manusia. Bukankah ni perkara yang sepatutnya ada pd semua orang. Hari ini perlu juga disimpan sebagai memori sebab aku dapat lagi berkenalan dgn abah_muiz(seorang blogger).

Nota Suara Aku hari ini ingin meneruskan penjelajahan dunia, bukan untuk menjajah tapi untuk menjaja pengalaman yang akan aku dapat sebagai petunjuk untuk masa depan. Aku terbaca tulisan inggeris baju seorang lelaki yang tidak dikenali tapi memang best. Di mana kita berada sebenarnya tidak penting, sebaliknya ke mana kita akan pergi. Begitu juga dengan pepatah Islam kalau tidak silap, Kita ni hanyalah pengembara.dunia ini hanya tempat singgah kerana kita akan pergi ke satu tempat yang lebih abadi.

Comments

YuN said…
Bapaku sering berpesan 3 perkara yang akan kuturunkan juga kepada anak-anakku...

*Ingat dari mana kita datang..
*Untuk apa kita di sini...
*Dan ke mana kita akan pergi...

Maka berjalanlah hamba Allah di muka bumi ini. Memenuhi matlamat kejadian diri...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!