Skip to main content

PENGGUNAAN TALI PINGGANG KELEDAR

Hari ini MHI membuat laporan tentang penggunaan tali pinggang keledar untuk penumpang di tempat duduk belakang. Ramai yang mungkin menyedari tentang kewujudan benda ni di tempat duduk belakang memandangkan kebanyakan kereta terkini menyediakannya. Namun tidak keterlaluan jika aku katakan, ini hanya sebagai aksesori sebuah kenderaan. Kita hanya tau cakap untuk keselamatan, tapi berapa ramai yang mau untuk menggunakannya? Sedangkan tempat duduk depan pun dipakai bila berada di jalan besar sebab takut disaman, inikan pula untuk tempat duduk belakang pula! Bukan memandang rendah kepada pengguna jalan raya di Malaysia, tapi inilah yang terjadi.

Bagi aku, tidak perlu untuk diwajibkan penggunaan tali pinggang keledar ni kepada penumpang di belakang, sebab ianya memang memBEBANkan. Pertama, bagi keluarga besar yang hanya mampu untuk memiliki kenderaan kecil 4tempat duduk, ini merupakan satu bahana yang menanti sekiranya undang-undang dikuatkuasakan.Tidak mustahil saman akan dikeluarkan kerana kesalahan ini.

Kedua, selalunya yang duduk di tempat duduk belakang ni adalah kanak-kanak. Justeru, keadaan ni menyukarkan ibu bapa untuk memasangkan tali pinggang keledar untuk anak-anak apalagi kedudukan tali pinggang keledar bila dipasangkan kepada anak-anak menimbulkan ketidakselesaan kepada anak-anak.

Kita memang inginkan keselamatan penumpang. Undang-undang memang mudah untuk dijalankan tapi kesedaran jugalah yang menjadi keutamaan.

Usah berbicara pasal pakaian basah yang mau dipakai apabila sudah kering sebab keadaan cuaca yang mendung ni belum tentu akan cerah. Begitulah keadaannya dengan penggunaan tali pinggang keledar. Jangan kita bicara tali pinggang tempat duduk belakang kalau masalah pemakaian tali pinggang dikalangan penumpang depan dan pemandu belum selesai.

Nota Suara Aku akhirnya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak negeri yang memperolehi kemenangan kedua berturut-turut semalam dan teruskan perjuangan untuk kembali ke Liga Super tahun depan..
SABAH TATAP!

Comments

Anonymous said…
secara peribadilah bagi Am masalah talipinggang ini berbalik pada sikap juga, letaklah secara percuma atau saman macam manapun tapi jika tiada kesedaran tak guna juga.

Kesedaran itu yang penting.
irman_rahs said…
klu nak diikutkan memang betul kesedaran mmg diperlukan utk semua perkara pun....

tapi dlm hal ni, kerajaan bertindak tidak rasional dlm mendidik pengguna jlan raya...

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...