Skip to main content

Ragam Manusia Gila

Ketika post ni ditulis, kakak ku baru ja telefon. Dia geram sangat dengan TRAGEDI yang berlaku pagi tadi. Katanya ini lanjutan semalam.

Sebelum itu, semalam keluarga aku ada menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Majlis berjalan seperti biasa ja. Tapi pagi tadi mama dan bapa pengantin perempuan call rumah aku…teriak2…memaki2 lagi…tanpa segan silu…adat entah ke mana…budi bahasa dibuang di mana…menuduh mak andam pengantin lelaki mencuri duit diorang! Wah ini mencabar keluhuran hati seorang manusia ni…siap cakap tiada adat lah, senang cerita nilai2 murni la. Ragam manusia gila!

Yang jadi masalahnya, tuduhan tu dibuat MEMBABI BUTA, MENYALAK ANJING! Bunyinya mungkin kasar, tapi org macam begini memang itu yang sepatutnya diorang dapat. Siap minta ganti rugi kehilangan duit tu. Terdapat beberapa kemusykilan tuduhan bodoh diorang ni. Ragam manusia gila!

1.dalam ramai2 orang yang ada dalam rumah tu, kenapa 2orang keluarga pengantin lelaki yang menjadi mangsanya. Sedangkan keluarga perempuan ni, bukan boleh percaya pun.

2.diorang ni menyelongkar barang2 keluarga pengantin lelaki, tapi tidak jumpa apapun!

3.emak pengantin perempuan pula, siap cakap dengan pengantin lelaki, “kalau begini engkau boleh balik rumah emak engkau, kami boleh bagi makan anak kami ni walaupun janda!” macam skrip orang nda waras kan.

4.cadangan untuk bawa kes ni kepada pihak polis, ditolak mentah2 oleh keluarga pengantin perempuan. Kalau betul mesti tak takut kan!

Dari dulu lagi, aku dengan beberapa adik-beradik aku tidak bersetuju dengan keluarga perempuan ni. Bukan sebab diorang miskin harta, tapi diorang ni juga miskin budi-bahasa. Kami tidak kisah kalau diorang ni tidak menyusahkan kami, tapi hakikatnya semua perkara yang ada kaitan dengan darah daging bapaku ini, mesti akan membabitkan keluarga ku. Kasih sayang kami terhadap bapa begitu tinggi,sehingga kan kami tidak akan minta duit walaupun tiada duit untuk makan. Aku sanggup pinjamkan duit PTPTN yang aku dapat kepada adik2 ku di UUM, sebab kami tau tahap kewangan bapa. Tapi diorang ni tau ada masalah rujuk bapa, tiada duit minta dari bapa….bila senang ni semua “AKU PUNYA USAHA SENDIRI”. Ragam manusia gila!

Post hari ini, mungkin banyak menghina keluarga perempuan, tapi ini memang tidak boleh dimaafkan. Langsung tidak ada penghargaan terhadap apa yang dikorbankan bapaku. Maruah itu merupakan harta yang sangat mahal harganya. Bill Gates pun tidak mampu. Ragam manusia gila!

Post hari ini juga mungkin boleh dikira mengumpat, tapi kejadian ni patut dikutuk lebih teruk dari serangan bom di Indonesia atau serangan keretapi bawah tanah di London. Sebab berlaku di Negara yang AMANNNN ini. Hmmm ragam manusia gila!

Nota Suara Aku hari ini berdoa moga2, Allah kuatkan semangat bapaku dan keluarga ku amnya untuk menghadapi hari2 yang mendatang, bukakan pintu hati pengantin lelaki ini yang sudah sekian lama menyusahkan agar pengorbanan ni tidak sia2 jadinya, moga2 Allah tunjukkan keluarga pengantin perempuan ni jalan yang benar supaya tidak terpesong lebih jauh lagi. Benarlah duit tidak boleh membeli kebahagiaan, tapi dengan duit orang menjadi GILA dan tak bahagia!

Comments

~comei~ said…
sabarlaa..

erm.. dah jmpa ke duit tu?

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!