Skip to main content

BUDAK KELANTAN

hari Rabu yang petang diisi dgn menonton filem Budak Kelantan(BK). sebuah filem yang tidak mengaburi penonton dengan visual yang kebaboom ataupun cuba menggoda penonton dengan menggunakan pelakon yang hebat spt kebiasaannya.. BK sebuah filem yang transparent dan tidak memutar belitkan isu yang sedia ada kebenarannya...

tidak perlu timbul isu sama ada BK semuanya sama, tapi kebanyakan yg sebaya dengan BK tidak kira dari mana dia datang berkelakuan sedemikian kerana desakan hidup dan terpengaruh dengan rakan-rakan sekampung atau serumah.

puas ati juga walaupun tengok sorang2...sptutnya ada member yg janji mau ikut, tapi alasan yg diberikan arini ada ujian, jumat pula ada presentation dan ujian lagi(dah org tak mau ikut tak payah menyusahkan diri memaksa)...lagipun klu dia tengok pun, mesti dia cakap tak best...hati lain-lain...

tidak ramai yg menonton filem ni, apa yg dapat aku perhati, lebih kurang 10 orang saja yg menontonnya dan mendengarkan cara perbualan diorang, aku dapati diorang ni BK juga... FYI, aku bukan BK tapi terdorong untuk melihat apakah kelainan dan kebagusan filem BK ni sehingga mampu ditayangkan...sedikit sebanyak teringatkan member2 kelate yg duduk sekolej dulu yg tak ubah bahasanya spt di filem ini...skrip juga tak banyak melalut...

Nota Suara Aku bagi 4.5 dari 5 bintang bersandarkan kepada pengajaran dan keoriginalitian filem ni...aku rindu member2 kelate....adios! HUK ALOOH...SEGHABUT DEMO!

Comments

YuN said…
BK...abg tak tengok lagi. Tapi genre filem yang berbeza drp filem-filem komersial yg selalu kita tengok.

Mungkin filem ini jujur bercerita tentang BK. Bila diorang dtg ke KL - BK akan transform diri masing-masing, samada mahu menjadi manusia yang baik....atau manusia yang gelap hatinya...

Itu realiti di tengah kota...

Tapi filem berat macam ni...mana org mudah mau tengok. Last2 sekali, filem ni akan masuk Astro Kirana...tunggu ajer lah

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!