Skip to main content

Kenapa Felda?

tulisan kali ni MUNGKIN bersifat tidak puas hati dengan berita yg aku dengar di tv pagi tadi.. justeru aku baca dlm akhbar lanjutan kisah ini.. latihan kemahiran diperuntukkan rm35juta untuk 5000 belia. 300 daripadanya akan diambil untuk latihan kemahiran teknikal tinggi di MAS Engineering Training Centre bagi membaiki pesawat airbus..lanjutan nya cari sendiri.. rm17 juta diperuntukkan untuk pendidikan golongan ini. rm540ribu diperuntukkan untuk pembinaan jati diri (benda subjektif yg mengajak kepada penyelewengan jadi lebih mudah). rm450ribu diperuntukkan untuk pengupayaan persatuan belia (satu lagi benda subjektif yg mendorong kepada perkara yg sama)..rm10 juta diperuntukkan untuk bidang keusahawanan yg menurut pemahaman aku melalui Edible Garden (taman tanaman makanan)...tanam sayur-sayuran di halaman rumah untuk tambah duit poket sendiri...manakala rm200ribu diperuntukkan untuk Tunas Mekar iaitu satu program dengan kerjasama UiTM (berdasarkan pemahaman juga la). tapi ni hanyalah separuh daripada rm128j yg diumumkan bagi membangunkan bumiputera semenanjung(kenapa bukan Malaysia? sebab aku tidak nampak ada peruntukan ini yg ditujukan kepada orang Sabah)...

tapi bagaimana entri kali ni lebih jelas ketidakpuasan hati aku ialah dengan peruntukkan separuh lagi 128j ini... di mana rasional nya peruntukan 65j untuk perumahan warga felda di felda Rasak, felda jengka 11 dan felda triang 3 di negeri PAHANG?

ini lah yg jadi tanda tanya NSA...perlu diingat NSA adalah Nota Suara Aku yg lahir dari otak yg dikurniakan Allah, dengan kepantasan tangan menaip dan meluahkan dalam bentuk penulisan di blog ini, dibaca oleh sesiapa sahaja yg setuju mahupun tidak setuju...aku bukan org yg menerima bulat2 tanpa pertimbangan akal semata-mata.

aku tidak merasakan golongan generasi ke2 dan ke3 bumiputera ini perlu bantuan dan sokongan sebegini, sdg ditempat lain kelompok ini hidup bermewah dengan rumah banglo..di satu tempat lagi hidup dengan merana dan merempat..tapi seperti biasa yg pernah aku laungkan sebelum ini, NSA hanya suara kecil yg tidak memberi apa2 kepada mereka...

Comments

Am said…
Kadang kala pemikiran mereka diluar kotak fikiran kita untuk faham....

Satu lagi, perancangan mereka memang over tapi pelaksanaan down...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!