Skip to main content

Ketenangan Dalam Kesengsaraan

quantum of solace. satu lagi filem yang aku tengok di panggung kali ni dengan sepupu aku. jalan cerita yang menarik tapi aku jadi celaru sikit dengan kamera yang terlalu laju untuk fokus kepada aksi2 pantas james bond. kepantasan aksi ni membuat aku terpaksa fokus yang amat tinggi memahami nya. tiada pengajaran mahupun motivasi dari filem ni. kebiasaannya sebuah filem inggeris mesti mempunyai 'tagline' yang mudah untuk diingat.

tidak banyak yg bole dikongsikan, hanya makna QOS-ketenangan dalam kesengsaraan yang sedikit memerli aku tika ini. sebelum itu...

hari ni adikku akan memulakan perjuangan SPM nya, setelah dua minggu bertapa di rumah tanpa gangguan persekitaran. diharap adik ku dapat menggunakan kesempatan yang diberi kepadanya untuk membuktikan yg dia mampu untuk pergi lebih jauh dlm bidang akademik. aku juga berharap dia akan pergi lebih jauh dari kami berempat (yg sudah melepasi pengajian di peringkat IPT). ini tidak termasuk sorang adik yg berada di poli.

lepas tengok QOS, aku cal J untuk tanya2 kbr. aku rasa kurang senang klu tak bercakap dan cuba untuk berkongsi. yalah siapa lagi yang mau mendengar klu bukan dia. sempat menyindir tapi aku tak kisah..yg penting aku suda buang benda tu walau hanya di NSA.

ahh! apa aku tulis ni..Nota Suara Aku blank and blur....KAMBING...adios!

Comments

Anonymous said…
eeeh kebetulan pulak, Am pun baru bercerita pasal 007 tu dalam blog Am tapi dari sudut pandangan yang lain hehehe
irman_rahs said…
man rasa ramai yg setuju filem kali ni akan memenatkan penonton mengejar babak2 pantas JB..kakak semalam pun kata mcm tu, agaknya JB minum energo kot...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!