Skip to main content

Media Punya Pasal

esok kena pegi labuan flight seawal jam7.20...disebabkan hal itu aku pegi la rumah member yg dekat dgn airport..ni adalah outstation aku yg pertama di tmpt kerja baru ni..jadi tak heran la aku dapat surf internet di tengah malam..

mungkin tu juga la sebabnya aku tak tulis entri siang tadi...sambil aku buka NSA ni, aku sempat baca entri dari abahmuizz, terus kwn d sebelah tanya kenapa abahmuizz bagitau apa yg abah buat hari ni...siapa nak baca? hah mcm nak jawab ni...aku jadi mati kutu jugalah untuk menjawab pertanyaan dari seorang budak berumur 19tahun....ingatkan dah tau blog ni... memandangkan aku buka blog abahmuizz aku berhujah berdasarkan kekuatan blog abahmuizz..aku bgtau, org buat blog utk berkongsi pengalaman sambil2 tu mengingatkan kita manalah tau ada kejadian2 tu sama atau pernah berlaku kepada kita, lantas kita tidak mudah menggelabah ataupun berputus asa seolah-olah Tuhan sengaja mendera kita dengan kejadian yg menduga dan mencabar kita...bole pakai ka hujah ni? (harap ko paham la ar)...

terus la puji sikit abahmuizz, semua tulisan dan 'epekan' abah ni berguna ditambah dengan olahan bahasa yg bersahaja spt abah ada berdekatan utk bercerita...nama pun abah...biasanya matang dari segi penilaian terhadap perkara yg memerlukan keputusan...

tapi menarik bila aku sebut "blog", member aku menyebut nama raja petra....pemes gila mamat ni...dah mcm sinonim pula blog dgn raja petra...ni suma gara2 hebahan dari media...

dah masuk bab media, aku suka utk memberi pandangan tentang media massa yg ada di negara kita ni...khususnya media elektronik...terus terang aku seperti meluat bila media menyiarkan keburukan yg ada pihak pembangkang(direct saja la)...mungkin memang betul ni keburukan diorang tapi klu betul media telus, knp tidak pula dikeluarkan dan dihebahkan keburukan yg ada pada pihak kerajaan...senang cerita, bila Sultan Kedah menegur kerajaan negeri supaya mengutamakan kebersihan negeri...melalui apa yg aku dengar dalam titah baginda semalam tu, baginda Sultan Kedah bukannya menegur, tapi mencadangkan...tetapi pemilihan kata TEGUR sebagai tajuk berita telah memberikan gambaran buruk kepada kerajaan pemerintah...ni sekadar contoh..

sebenarnya mengapa kejahatan semakin berleluasa di negara tercinta kita ni? bukan disebabkan kurangnya pendidikan oleh keluarga mahupun sekolah, tetapi pendedahan daripada media elektronik merupakan gunting dalam lipatan kepada masalah ini...mereka (media) mendedahkan taktik dan cadangan untuk melakukan kejahatan... mereka bukan membongkar satu2 masalah sebaliknya menggalakkan kegiatan tidak bermoral ini... contohnya kes, liwat dan seks bawah umur di kalangan budak sekolah... tdk cukup kah dengan berita hukuman yg dikenakan kepada pesalah? mengapa perlu didedahkan cara aktiviti tidak bagus ini dilakukan oleh pesalah? maka dari kambing2 yg tidak tahu apa itu benda2 bodoh ni, mereka suda tahu... demikian juga dgn tempat2 yg kononnya menjadi sarang kambing2 ni...kambing2 yg tidak tahu dimana itu ini, media secara tidak langsung telah memberikan jalan kepada mereka...

ni la antara sebabnya mengapa perkara ini bukannya semakin berkurangan, malah menjadi-jadi...justeru bila media bertanya kepada pakar psikologi la, antropologi la, berus gigi la, jwpn yg diberikan ibubapa salah, cikgu cikgi tak ajar anak murid...bla..bla ...bla, klu pun ada pakar yg menjawab media salah, fakta ni tdk disebarkn kerana akan menutup periuk nasi mereka... dah memang kerja media, cari publisiti meningkatkan rating penonton dengan kontroversi masyarakat...kononnya mediala hero pembasmi kejahatan di muka bumi ini...

aku klu bole tidak mau menyentuh kisah keberantakan rumah tangga artis yg paling top sekarang ni, menenggelamkan kisah cinta mawi dan ekin...tapi kenapa media tidak memberikan nasihat bagi menyelamatkan rumahtangga ni... sebaliknya mengapi-apikan lagi pihak ni...tanya artis ni...lelaki salah..tanya artis B, perempuan ni salah, tanya artis C, perempuan kedua ni punca berlaku, siap minta muncullkan diri lagi...ingat bole selesai ka mcm tu? aku rasa malu juga bila dua minggu lepas aku lunch dgn sorang member non-muslim, dia mengkritik dan menyalahkan perempuan...katanya, seorang perempuan harus bersedia sekiranya si suami ingin beristeri lagi satu...itulah risiko yg patut diterima oleh seorang wanita Islam sebab Islam tidak melarang suami beristeri sehingga empat!....kenapa pula harus menafikan hak suami...memang la poligami tu menyakitkan kepada isteri pertama, takut dicemuh oleh masyarakat...tak pandai jaga suami, berkongsi suami la dan sebagainya, tapi kenapa mereka tidak mengambil contoh teladan filem Ayat-ayat Cinta dari seberang....

Nota Suara Aku cerita panjang sangat hari ni, tapi aku cuma menurut apa yg diceritakan oleh minda yg diterjemah oleh jari-jemari yg mengetik papan kekunci....oklah itu saja utk kali ni, moga Allah tidak menguji ku dgn ujian yg berat seperti mereka....adios!

Comments

Anonymous said…
Biasalah man, semua tu politik, itu pasal sekarang ramai orang beralih pada blog untuk mendapat maklumat terkini.

Kadang kala yang paling geram mereka memaparkan maklumat yang tak lengkap untuk sesuatu peristiwa itu, mereka laporkan apa yang mereka nak laporkan bukan keseluruhan peristiwa itu.
Abah Mui'zz said…
Man, dah terlebih puji tu abah rasa. Ekekekke. But it's good to know that someone somewhere do find my blog useful. Sorry Man, teromputeh jap.

Ttg kisah artis dimedia tu, abah takleh nak komen apa, sebab penonton pun punya mentaliti seronok nak tgk benda2 macam itu. Al Kuliyyah ke, Motivasi Pagi ke takde ditunggu2, tapi kalau Melodi, mak aihh, awal2 lagi duduk depan TV.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!