Skip to main content

NSA demam cikgu!

otak aku dlm dua hari ni demam la...
hari ahad tu ada juga yg mau ditulis, bila masuk hari isnin, semua keinginan menjadi demam, tatkala kemarahan yg terbawa2 hingga ke pejabat...(aiseh bermadah pula)..

semalam dan hari ni aku bekerja dengan nilai produktiviti 0..
mcm mana mau jadi pekerja yg berbakti utk syarikat?...alamat klu ada sepuluh org macam aku ni, tak bangun2 la organisasi ni...mana taknya... jabatan pembangunan organisasi, tapi dapat pekerja mcm aku...huh tak pa..roda itu kan berputar...anggap saja la minggu ni aku berada di putaran roda dibawah...

hujung minggu yg lalu aku balik kampung...dan malam tu member ingatkan tentang urusan besar yg perlu aku buat dengan bapa aku...dan malam sabtu, chelsea main dulu sementara MU main selepas itu, dan masa tu cuma aku dan bapa aku yg tengok tv... hati berdebar2 ingin menyuarakan apa yg terbuku di hati minggu2 yg lalu, hajat besar ni... tapi apakan daya memang berat dan besar sangat kot hajat ni, sampai tak terluah pun dengan bapa ku...

hujung minggu di kampung, semestinya dihabiskan dengan duduk berkurung di rumah tanpa menyentuh stereng kereta yg dipegang setiap hari...dah masuk bab kereta ni, haih bila la dapat mencantikkan kelisa ni...harapnya jangan la dia merajuk dgn aku...nanti bapa beli sisik baru k...haha..

tapi sebelum Nota Suara Aku menutup cerita hari ni, ada baiknya siapa yg melihat cerita Melodi ahad baru ni segmen bob ku2 dan apek...darah daging tak penting sebenarnya, klu kita ada hati dan perasaan...demikian juga, itulah contoh persahabatan yg patut dicontohi oleh semua yg mempunyai kawan... jangan biarkan kawan kita sakit sendiri2, tapi ketawa sama2...

aku akan bercerita tentang Persahabatan di lain episod(cewah ada episod2 pula).... tapi sedikit tentang pemilik NSA ni, sekali berkawan... makna kawan itu bukan hanya ketika di bangku sekolah... kawan itu akan kekal hingga ke akhir hayat InsyaAllah, cuma kawan saja yg tidak pernah mengenal kita ni KAWAN...(ni bunyi kecil hati la ni)...eleh dah tua pun merajuk...adios!

Comments

Anonymous said…
Wah benda besar apa yg nak cerita dgn abah tu hehehe

Ps: serupalah bagi Am sekali berkawan sampai bila berkawan tapi benci bila org ambil kesempatan atas nama kawan

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!