Sedar tidak sedar, kita suda berada di bulan Rabiulawal...InsyaAllah minggu hadapan, kita akan menyambut Maulud Nabi... namun apa erti sambutan, kalau tidak disertai dengan intipati dan pengetahuan maka sia-sia saja sambutan ini... Justeru, dalam minggu ini sehingga 12Rabiulawal, blog ni akan memaparkan peristiwa2 penting yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Sempena memperingati tarikh bersejarah dengan kelahiran bayi bertuah yang dibangkit sebagai Rasulullah perubah tamadun manusia yang roboh keinsanan mereka. Maka kali ini akan dikupas serba sedikit mengenai keadaan kuasa dan empayar yang kukuh pada masa itu iaitu sekitar abad 6 Masihi sebelum lahirnya nabi Muhammad s.a.w. Semoga ia mampu memberi kefahaman dan kesedaran kepada kita bagaimana kelahiran Rasulullah s.a.w tidak dapat dinafikan lagi sebagai perubah dan pembawa rahmat kepada seluruh alam yang hampir hancur sifat kemanusiaannya dan telah tergadai rasa kehambaan kepada Allah Tuhan Pencipta. Empayar Rumawi Timur Kerajaan R...
Bercakap dgn nota lebih mudah didengar dan difaham.