Skip to main content

Bos

bos semakin menekan nampaknya... dan aku hampir kalah... mungkin protes satu tindakan yang betul mungkin juga tidak... jika sebelum ini aku mengambil pendekatan masuk telinga kanan keluar kiri, tapi jumaat lepas aku keluar ofis selepas rolldown PSI...

aku dinilai secara umum tanpa diberitahu dimana harus diperbaiki dan aku tidak mendengar lagi kata2 positif dari bos untuk menaikkan semangat yang telah dirobohkannya... di kotak pemikiran aku sekarang sudah ada benih2 negatif bos tidak bersikap profesional terhadap kerja... lebih2 lagi terhadap orang Islam... wujud semacam double standard antara kami... dan mungkin juga triple standard... kenapa? sebab layanan terhadap staf perempuan(lebih2 lagi yang cantik) juga begitu ketara... dan berontak aku semakin menguji kesabaran aku...

esok genap aku 7bulan di sini, istilah more pleasure than pressure yang diberikan Yun nampaknya songsang... aku cuba menyembunyikan tekanan yang ada, namun ada yang sudah menghidu melalui keadaan ofis yang tidak semeriah sebelum ini... walaubagaimanapun aku bukan orang yang mudah mengaku kalah dan aku akan mengambil pendekatan membalas tekanan yang diberikan dengan tekanan balik... mungkin ini lebih baik dan lebih profesional... aku akan buat kerja yang mampu aku buat, dan selebihnya aku buang ke tepi...

Nota Suara Aku... tertekan... adios!

Comments

arsaili said…
salam..asam garam hidup makan gaji...semoga lebih tabah
Abah Mui'zz said…
Salam Man,

Inilah realiti kerja. Tidak semua orang bernasib baik punya organisasi, bos, rakan sekerja yang boleh memahami dan berlaku adil.

Dan untuk mengubah, bukan satu kerja mudah. Tapi jika rasa boleh diubah, dan berbaloi mengubahnya, why not!

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...