Skip to main content

DUNIA SEBELUM KELAHIRAN

Sedar tidak sedar, kita suda berada di bulan Rabiulawal...InsyaAllah minggu hadapan, kita akan menyambut Maulud Nabi... namun apa erti sambutan, kalau tidak disertai dengan intipati dan pengetahuan maka sia-sia saja sambutan ini... Justeru, dalam minggu ini sehingga 12Rabiulawal, blog ni akan memaparkan peristiwa2 penting yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

Sempena memperingati tarikh bersejarah dengan kelahiran bayi bertuah yang dibangkit sebagai Rasulullah perubah tamadun manusia yang roboh keinsanan mereka. Maka kali ini akan dikupas serba sedikit mengenai keadaan kuasa dan empayar yang kukuh pada masa itu iaitu sekitar abad 6 Masihi sebelum lahirnya nabi Muhammad s.a.w. Semoga ia mampu memberi kefahaman dan kesedaran kepada kita bagaimana kelahiran Rasulullah s.a.w tidak dapat dinafikan lagi sebagai perubah dan pembawa rahmat kepada seluruh alam yang hampir hancur sifat kemanusiaannya dan telah tergadai rasa kehambaan kepada Allah Tuhan Pencipta.

Empayar Rumawi Timur
Kerajaan Rumawi Timur yang dikenali dengan Empayar Byzantine dan bangsa arab menamakannya sebagai al-Rom di mana pada abad 6 Masihi kuasa ini telah menguasai negeri Yunan (Greek), Balqan, Asia kecil, Syria, Palestin, seluruh laut Mediterranean, Mesir dengan Konstantinople (Istanbul) dijadikan pusat pemerintahan mereka. Empayar mereka bermula pada tahun 395 Masihi lagi sebelum jatuh dan hilang setelah diserang oleh kerajaan Islam Uthmaniah pada 1453 Masihi. Empayar ini pada abad ke 6 M mula mengenakan cukai yang tinggi ke atas rakyat yang menyebabkan timbulnya perasaan benci di kalangan rakyat jelata yang membawa kepada pengharapan mereka agar adanya bangsa asing yang mampu memerintah mereka menggantikan kerajaan yang sedia ada. Berkesinambungan daripada kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan telah menimbulkan rusuhan dan pemberontakan yang berlarutan di mana dalam rusuhan pada tahun 533 M sahaja, pada masa pemerintahan Justin 1 maka 30 000 jiwa telah terkorban di Konstantinople. Ini disebabkan kerasukan pemerintah yang ingin mendapatkan wang sebanyak mungkin dengan apa cara sekali pun dan kemudiannya dibelanjakan dengan boros, berhibur dan berpoya-poya sehingga kepada peringkat kebinatangan.Rakyat turut terpengaruh dengan aliran batin disamping mereka suka kepada permainan sukan yang merbahaya sehingga menumpahkan darah seperti pertarungan antara manusia atau dengan binatang buas dalam stadium yang dibina khas disamping hukuman terhadap pesalah dengan hukuman yang mengerikan.

Mesir yang merupakan sebuah wilayah kepada empayar ini menjadi mangsa penindasan yang paling teruk oleh golongan agama, mangsa keganasan oleh golongan politik sehingga memaksa rakyat Mesir berkerja kuat sebagai memenuhi nafsu serakah golongan pemerintah. Mesir yang merupakan sumber besar kepada kekayaan dan kemewahan kerajaan Rom telah dijadikan seumpama kambing susu yang diperah susunya sedangkan makanannya diabaikan.

Syria sebuah lagi wilayah kuasa ini turut menjadi binatang tunggangan nafsu ganas bangsa Rom sehingga ramai rakyat Syria terpaksa menjual anak bagi menjelaskan hutang malah rampasan serta perhambaan begitu berleluasa.

EMPAYAR IRAN PARSI
Empayar Iran atau Parsi lebih luas tanah jajahannya dan lebih kaya berbanding dengan Empayar Rumawi Timur yang berpisah daripada Rome asal di Itali. Empayar Parsi ini diasaskan oleh Ardashir pada tahun 244 Masihi di masa pada ia telah mencapai zaman kemuncaknya ia telah menguasai Assyria, Khuzistan, Midya, Persia, Azarbijan, Tabristan, Sarkhas, Juzjan, Karman, Marw, Balkh, Sughd, Sistan, Harat, Khurasan, Khawazazim, Iraq dan Yaman yang sebahagian daripada Jazirah Arab termasuk sebahagian daripada daerah India seperti Kach, Kathiawar dan Malwah. Ia meningkat begitu luas sejak abad ke 4 Masihi di mana pusat pemerintahannya pada masa itu ialah Madain atau Ctephon.

Agama kuno mereka ialah Zoroaster yang merupakan kepercayaan yang mempercayai Pertarungan antara cahaya(Nur) dengan kegelapan(Zulmah). Kemudian datangnya agama Mani yang merupakan reformis kepada agama kuno tersebut di mana ia mengajak manusia untuk hidup membujang agar dunia cepat fana apabila manusia semakin pupus bertujuan untuk membasmi kejahatan di muka bumi. Pada abad ke 5 Masihi muncul pula seorang yang bernama Mazdak membawa ajaran menghalalkan harta dan wanita dengan bebas kepada semua orang sehingga suasana menjadi bercelaru apabila masing-masing dengan berani menceroboh rumah orang lain dan mencabul wanita sesuka hati. Istana turut diceroboh dan tanah diterokai sesuka hati sehingga ia rosak tidak mengeluarkan hasil. Apa yang ada pada mereka ialah hidup untuk makan dan mencapai kedudukan serta kekayaan.

Pada abad ke 6 Masihi iaitu pada masa pemerintahan dinasti Sasani keadaan bertambah buruk apabila rakyat bergantung kepada ihsan raja-raja yang menganggap darjat mereka begitu tinggi daripada semua anak Adam sehingga nama mereka dikaitkan dengan perkataan yang membawa erti ketuhanan. Maharaja (Emperor) dianggap sebagai manusia nombor satu di mana dia dipuja begitu tinggi sehingga tidak boleh disebut nama asalnya dalam ucapan atau perbicaraan malah raja dianggap daripada keturunan Tuhan. Semua pendapatan negara merupakan milik raja dan kekayaan ini kekal sehingga Yazdagird Raja Iran terakhir di mana ketika beliau lari meninggalkan Madain iaitu ibukota pemerintahannya pada masa serangan tentera Islam, beliau telah membawa lari seribu tukang masak, seribu penyanyi, seribu pengembala harimau, seribu pengembala binatang lain dan sebagainya.Rakyat begitu terseksa kehidupan mereka dibenani cukai sehingga ramai kaum tani lari menetap dikuil kerana lari daripada cukai dan menjadi tentera kerahan.Ramai rakyat yang terbunuh dalam peperangan antara Parsi dan Rom yang berlanjutan begitu lama.

EMPAYAR INDIA
India terkenal pada zaman kunonya dalam bidang sains jiwa, falak astronomi, perubatan dan falsafah dan ahli sejarah turut menyatakn bahawa India begitu merosot dari segi agama, akhlak pada permulaan abad ke 6 Masihi.Agama sudah tidak berfungsi lagi yang menyebabkan pencabulan dan penzinaan yang berleluasa dan wanita tiada harga sehingga dijadikan pertaruhan dalam perjudian, si balu tidak boleh berkahwin lagi alah dibakar hidup-hidup sebagai tanda kesetiaan. Sistem kasta begitu menebal dan kuat sehingga wujud penindasan yang kejam. India hidup terpencil daripada dunia luar sehingga pemikiran masyarakatnya menjadi beku.

EROPAH
Bangsa di Eropah Barat dan Timur berada dalam zaman kegelapan, buta huruf dan saling berperang sehingga tidak pernah bersua dengan peradaban dan pengetahuan, tidak berurusan dengan dunia luar malah dunia luar tidak tahu mengenai hal mereka. Mereka diselubungi oleh dongengan yang mengelirukan dan tidak suka kepada kebersihan dan tidak suka kepada air untuk pembersihan sehingga ada rahib yang keterlaluan menyiksa badan mereka atau lari memencilkan diri daripada manusia. Mereka masih menyelidik tentang apakah wanita itu binatang atau manusia, wanita mempunyai ruh yang kekal atau tidak, wanita mempunyai hak milik, menjual, membeli atau pun tidak.

Sehubungan dengan ini Robert Briffault berkata : " Eropah diselubungi dengan kegelapan kejahilan sejak abad ke 5 M hingga 10 M di mana kejahilan itu meningkat kegelapannya pada abad ke 6 M dengan timbulnya keganasan yang amat mengerikan sehingga lebih ganas daripada zaman purba sehingga kawasan yang dahulunya pernah mencapai peradaban paling tinggi seperti Itali dan Perancis turut menjadi mangsa kepada kekacauan dan kejatuhan itu".

Kelahiran Rasulullah s.a.w yang disifatkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam telah merubah segala-galanya di mana dunia yang dulu sempit dihimpit kezaliman dan penindasan telah bertukar kepada keluasan dan keadilan Islam.Dunia yang dulu tenggelam dek kegelapan dan kepekatan dungu dan kejahilan berubah ke arah sinar cahaya ilmu dan pengetahuan. Dunia yang dulu dipenuhi manusia yang dirasuk nafsu kebinatangan mula kembali lembut dengan nilai kemanusiaan. Agama yang dulu dianggap sebagai adat mula bertukar menjadi dasar kehidupan gemilang.

p/s: info ini dicopy paste dari halaqah.net

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka

Aku Masih Ada

Hari ni baru ada kesempatan masukkan entry. Inipun entry yg sekadar menunjukkan aku masih wujud dlm blog ni..bercerita tentang kerja yg buat sekarang ni, masih hijau rasanya dalam bidang ni. Hakikatnya memerlukan ketabahan dan tetap dengan matlamat yang ingin dicapai...Kalau diikutkan mau juga kerja yang lebih bagus, tapi mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam alam pekerjaan...Aku cuba untuk bertahan dalam 2-3bulan lagi... Esok mau pg interview satu kerja yang lebih bagus..insyaAllah dapat kerja tu lagi bagus.... Dalam seminggu dua ni, kita banyak didedahkan dan disogok dengan berita yang kadang2 mengelirukan... Dan aku mau petik cerita komen yang diberikan oleh bekas PM kita terhadap Pak Lah...Pada pendapat aku, ni cuma satu bentuk propaganda daripada bekas PM kita bagi menyelamatkan reputasi Pak Lah yang dari hari ke hari dapat dilihat semakin lemah. Tengok bagaimana respon daripada semua menteri2 yang menunjukkan sokongan yang padu terhadap PM kita ni. Dengan adanya sokongan sebeg

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky....