Skip to main content

Di Luar Lingkungan (untuk apa maju?)

muak dan mual rasanya menonton rancangan tv3 pada malam hari isnin bermula jam8 malam sehingga jam10 malam... dan aku rasa setiap jam8 malam, aku akan makan hati dengan berita2 yang disiarkan walaupun itu diorang punya suka la untuk menyiarkan apa saja termasuk pengeksploitasian kanak2 tabika yang menderita akibat permainan politik... aku pun xtahu mana satu yang betul, tapi naluri aku memegang pendirian ini semua satu bentuk permainan politik untuk memburukkan...

lalu semalam aku dengan senang hati menukar siaran tv ke tv1 dan walaupun suram tapi sekurang2 nya kesuraman itu tidak menggambarkan kebusukan hati... yaka busuk?

jam9 aku cuba menyukakan diri dengan pepaya @ popeye malaysia... tapi aku semakin benci dengan drama ni... mungkin kah ini kelas drama kita? aku xrasa begitu sebab drama SpaQ menafikan drama kita berada di kelas yang rendah... aku akan mengulas kekuatan drama SpaQ ni nanti...

jam9.30 aku tukar la ke siaran tv1 dan menarik minat aku untuk menonton rancangan DLL... dikendalikan oleh Sayed Munawar dan aku mula minat dengan rancangan ini... apalagi topik yang dibincangkan Sudah Bersediakah Malaysia untuk transformasi K-Ekonomi... terus minda aku meneroka sejarah disebalik K-ekonomi pada tahun2 yang lepas... terkenang dengan penglibatan bahas semasa di peringkat sekolah sekitar 1999-2002... dan selepas itu, K-ekonomi tenggelam dengan arus biasa simptom di Malaysia, hangat2 tahi ayam...

kita sebenarnya tidak pernah berusaha sungguh2 untuk mencapai setiap cita2 kita... apalagi usaha2 yang ada hanya dalam lingkungan bandar2 besar dan semenanjung malaysia... terlalu banyak yang dibelanjakan diperingkat awal kononnya perasmian di peringkat kebangsaan la, pelopor dan sebagainya... selepas itu, segala2 nya tenggelam oleh arus masa... sehingga kini, rakyat khususnya di luar2 bandar / sabah sarawak masih tertinggal dan tidak tahu apa itu K-ekonomi mahupun kepentingannya terhadap kehidupan seharian...

persoalan ini sebenarnya membawa aku kepada satu persoalan yang tidak nampak kaitan atau mungkin masih belum jelas... untuk apa kita MAJU? hanya sekadar untuk dipuji oleh negara luar? kita cuba untuk membangunkan kemudahan2 asas negara (bandar2 besar) tanpa memedulikan pembangunan mental rakyat... dan akhirnya permasalahan2 semakin membanjiri berita2 negara membangun yang ingin maju ini... dari kes remaja yang tidak kenal jatidiri, seks dan kebiadapan yang melampau sehingga la kepada kes2 orang tua yang tidak tahu nilai harga sebuah nyawa melayang... untuk apa MAJU?

Nota Suara Aku meneliti setiap komen penonton dalam bicara DLL semalam dan tidak menghairankan lebih 75% komen datang nya dari sabah dan sarawak... kerana kami juga ingin maju dan seiring dengan kehendak negara tapi kami tidak diajak menjadi warganegara yang maju... adios!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...