Skip to main content

Jalan Keluar Untuk Maju

Masukan kali ini rentetan berita yang baru sahaja aku dengar tentang pelucutan jawatan jurulatih kebangsaan B.Sathianathan di tv3... keputusan yang terumbang-ambing seperti juga bola sepak negara kini, selepas tewas 5-0 di kaki UAE, mereka mengambil keputusan yang dianggap terbaik untuk memajukan bola sepak.. kecewa! Itu yang mampu aku luahkan secara peribadi... kalau ditanya rakyat sekalipun, aku yakin tindakan ini bukan bijak dan tidak akan memajukan negara... mungkin mereka akan melantik jurulatih yang sebulu dengan mereka... mereka akan melantik jurulatih yang tidak agresif dan keras kepala seperti Sathia... aku ingat lagi sebaik kekalahan baru2 ini, penyokong yang sanggup memalukan diri dengan memakai jersi kebangsaan di stadium untuk menyaksikan pasukan dijinakkan tidak menyalahkan jurulatih! sebaliknya pemain dan pihak pengurusan... pihak yang disalahkan ini pula sebaliknya memilih untuk meletakkan beban kekalahan di bahu jurulatih SAHAJA tapi tidak pemain... faktor utama aku letakkan adalah kerana kelantangan Sathia mengutuk persembahan pemain di hadapan jurulatih UAE semasa sidang akhbar... memang ini mengejutkan dan sedikit memalukan juga aku, tapi yang kalah memang patut dikutuk dan diHINA supaya kita bangkit dan sedar...



Untuk menjadi pasukan yang digeruni, bukan boleh dilaksanakan dengan menghukum secara PANTAS dan spontan(walaupun ada mesyuarat diadakan yang pastinya keputusan telah dibuat awalnya, cuma mesyuarat sekadar mengaburi mata rakyat dan penyokong khususnya)... tidak pun sampai 4tahun mengendalikan skuad kebangsaan mengapa harus dilucutkan jawatan itu? bukan Sathia tidak bagus cuma pemain kita yang lemah... serahkan sepenuhnya kepada Sathia untuk mengendalikan pasukan kerana dia yang mengajar dan berada di padang bersama2 pemain... dia sahaja yang tahu sekuat mana pemain dan secekap mana skil pemain serta sejauh mana kesungguhan mereka dalam bermain bola... aku cadangkan kita mesti ada lagu tema di padang bola untuk menaikkan semangat pemain seperti sorak2 MU, Liverpool, Chelsea, Korea Selatan dan mana2 lagi la pasukan bola yang ada sorak2 ni... happening sikit stadium, gerun juga lawan... aaa lagu bola kampung boleh?... bo o la bo bo bola kam pung! macam?

Apapun syabas la F.A.M moga maju lagi dengan perubahan... adios!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...