Skip to main content

Antara Lari dan Halau

sambil bersarapan mee goreng dan cucur udang buatan tangan adik pagi tadi, kami dihidangkan dengan halwa telinga buletin pagi... menarik perhatian adalah kehilangan seorang budak perempuan belasan tahun yang tidak pulang dari sekolah sejak 24 jam yang lalu... aku dan kak mang mengulas tentang permasalahan ini dari skop sejarah hidup keluarga kami...

hilang atau lari dari rumah? Ini merupakan satu bentuk pemberontakan dari gelora jiwa remaja yang merasa diri mereka dikurung dan kebebasan mereka disekat... kotak pemikiran mereka bergelumang dengan mentaliti remaja punya kebebasan dan hak untuk menentukan hala tuju tanpa perlu mendapat nasihat dan buah fikiran ibu bapa... apabila ibu bapa bersuara, anggapan yang muncul ibu bapa cuba untuk mencampuri peribadi... seolah2 apabila sudah mampu untuk berdiri dan berlari, ibu bapa usah menunjuk ke mana mereka harus pergi dan bergaul... mereka mampu berfikir dan bertindak secara rasional... itu remaja yang bebas tapi sebenarnya tidak matang...

dalam Islam sendiri pun, selagi mana anak perempuan belum berkahwin, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa terhadap kehidupan mereka... tapi orang sekarang tidak faham atau buat2 pandai... apabila berlaku kejadian yang memalukan atau mereka sudah terlanjur, akhirnya mereka ditinggalkan barulah menangis dan kecewa diperlakukan... tapi orang kata nasi telah menjadi bubur dan meminjam kata2 kawan ofis, ONCE BROKEN CONSIDERED SOLD!

berbalik kepada perbincangan aku dan kak Mang, dulu bapa sangat tegas dengan anak2 sebagaimana yang aku ceritakan sebelum ini... prinsip bapa mudah untuk difahami, ikut arahan maka segala tanggungjawab di bawah bapa, tapi sekiranya tidak mahu ikut arahan dan pantang larang dalam rumah, dengan sukarela bapa akan menghalau anak2 yang degil... aku pernah dihalau seminggu sebelum kakak sulung aku kahwin kira2 12tahun yang lepas... semuanya gara2 aku amat berat tulang untuk membantu mengangkat meja... almaklum lah, masa tu memang sibuk dan bapa tidak mahu anak2 goyang kaki sedang saudara mara yang lain bertungkus lumus bekerja... dan bila aku tarik muka berontak, bapa lagi memberontak! dan aku disuruh (dalam bahasa lembutnya) balik ke asrama masa tu... dan itu bukan main2...

demikian juga dengan kakak dan adik ku yang lain... aku xmahu menyebut nama mereka tapi itulah yang berlaku... Alhamdulillah, kini aku dan yang lain menjadi anak2 yang ikut perintah walaupun berat tulang ku masih menjadi tulang empat kerat ku...

Nota Suara Aku bercerita antara dua halau atau lari dari rumah... sebelum anak2 besar kepala dan merasa mampu hidup berdikari, ibu bapa harus memberitahu anak2 realiti tinggi rendah nya langit itu... kalau benar mereka tidak perlukan bantuan ibu bapa, suruh la mereka hidup sendiri supaya mereka tahu nilai sebenar tempat bernama rumah dan siapa sebenar ibu bapa... Adios!

Comments

arsaili said…
salam...kekadang ketegasan itu penting untuk membentuk peribadi yang unggul

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!