Skip to main content

bukan robot

Kemarin tiada masukan... hari ini pula sementara menunggu kak Mang balik, aku menotakan sedikit kejadian yang berlaku sepanjang-panjang yang aku ingat... pagi2 lagi, aku suda meletup... mana tidak nya, aku buka saja emel, tu dia berpusu-pusu emel dari bos masuk dengan idea kambing dan dateline yang entah apa2... dia ingat aku ni bole bekerja dengan dua tangan dan dua kaki... seolah2 aku tiada kerja yang perlu dibuat, dan hanya menunggu arahan kerja dari dia... dia suda lupa aliran kerja yang dia sendiri umumkan isnin lepas... semacam hanya lakonan dan gimik sementara ataupun dia tidak dapat menahan diri dari memberi arahan selain tiga orang PK dibawahnya... aku akui dia memang hebat dan pantas, sehingga siapa pun yang menerima arahan akan kapus2 olehnya...
PK produktiviti pula seolah begitu patuh dengan perintah dan cuba bersikap jujur dengan nasihat dan nasihat, tapi apa gunanya semua itu jika kerja yang diberikan kepada aku terus bertimbun... pastinya meninggalkan satu rekod yang buruk kepada aku 3bulan berikutnya... alasan ini kukuh melihat prestasi atas kertas... aku bukan robot dan mesin yang hanya menerima bulat2 apa yang disuruh, tapi aku bertindak mengikut keperluan dan rasional... andai kerja itu termaktub dalam senarai job description, aku buat... tapi kalau hanya bersifat aksesori dan sementara ditambah lagi dengan kurangnya kesan kepada yang menerima, bukankah ibarat mengira pasir di tepi pantai, mengasingkan gula dengan garam dan merasa tahi kambing dengan lidah...
Aku cuba untuk berfikir setiap tindakan aku secara rasional dan postif, tapi setiap kali itulah, negatifan cuba menghantui dan meracuni fikiran ku... darah ku darah muda, tapi aku tidak semudah itu untuk marah...oklah kak Mang sudah sms on d way...adios!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...