Skip to main content

ISO dan Gathering spm00

arini berakhir juga penderitaan sementara semata2 untuk mendapat ISO kepada tempat kerja ku... dan bos bagi kebenaran untuk aku cuti esok hari, aku xtahu dari sumber mana dia dapat tahu aku mau cuti, tapi dia suda bagi kebenaran tu memadai la... mungkin dia nampak yang aku semakin stress dengan kerja ini yang bukan bertimbun tapi bersambung... auditor mengumumkan 6bulan dari sekarang compliance audit akan dijalankan... ini bermakna banyak kerja followup dilakukan selepas ini berdasarkan nasihat dan pendapat dari auditor... dan sebab itu juga la bos suru aku cuti esok hari, kalau ikut jadual, selepas ini memang tidak ada waktu yang sesuai untuk bercuti kecuali hujung bulan3, tu pun belum dapat dipastikan samada dapat cuti atau tidak... yang pasti tiket sudah dibeli...

berbalik kepada isu ISO ini, apabila auditor bercakap panjang lebar, aku menangkap asas disebalik pelaksanaan ISO... apa yang akan dinilai oleh mereka ni adalah proses sesuatu aktiviti itu dijalankan... sebut proses, terus akan teringat dengan Amin... dia ni kira nya pejuang proses la juga...Bapa Proses Malaysia... apapun perkara yang dilakukan olehnya proses adalah yang terpenting dari keputusan... ada orang akan melihat hasil akhir tanpa memedulikan proses untuk mendapatkan hasil ini... selain itu, ISO juga adalah satu bentuk aliran komunikasi antara semua perkara yang terjadi dan terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung...
maka komunikasi dan proses, adalah dua perkara yang telah dipelajari sejak kecil lagi termasuk lah di universiti pun, pensyarah atau tutor akan mengaitkan segala2 nya dengan komunikasi... berkenaan proses, aku berpendapat hanya orang yang jujur sahaja akan menilai proses...

bermula semalam juga, aku menghubungi member2 sekolah lama edisi spm00 untuk mengadakan gathering sebelum reunion 10tahun yang dirancang tahun hadapan... pejam celik, seperti baru minggu lepas kami memutuskan untuk bertemu selepas sepuluh tahun berpisah... kaedah yang aku gunakan, hanya yang tidak melibatkan kos iaitu friendster... semua kawan2 yang berada di Sabah telah aku jemput untuk gathering ini, cuma yg berasal dari semenanjung, yg bekerja di semenanjung dan yang bermastautin ikut suami/isteri di semenanjung sahaja aku xjemput memandangkan kalau jemput konfim xdatang... aku hanya akan jemput diorang yang berada di seberang ni pada tahun hadapan... motif utama aku mengadakan gathering ni adalah sebagai persediaan /percubaan melihat sambutan dari member2 sama ada mereka ini masih berminat untuk menjadi kawan atau sebaliknya... tidak ramai kawan yang masih menganggap kawan satu zaman dulu sebagai kawan... oleh itu, aku hanya ingin membuat percubaan ini... dari situ nanti aku akan cuba menilai sama ada reunion ni bakal diadakan atau hanya sekadar angan2 yang telah ditelan zaman...

Nota Suara Aku bukan cuba mencari nama, cuma kalau kita belum bermula, bagaimana kita hendak menghabiskannya...adios!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...