Skip to main content

Selamat Hari Lahir ke33 Kakak!

entri ini bukan untuk meratapi pemergian nurul, cuma aku tidak ingin lupus ingatan bahawa dia anak buah kesayangan ku... 24 April 09, Nurul menghembuskan nafas nya di rumah selepas mak pergi ke hospital pagi tu, dan melihat tanda2 nurul sudah nazak... mak mengambil keputusan menyuruh kakak memberitahu hospital untuk membawa Nurul ke rumah... mak pula menelefon pagi tu, menyuruh kami balik awal... tapi ego aku tinggi... kalau itu ajalnya, biarlah dia pergi tanpa melihat atau mendengar pakciknya ini menangis... dan sebaik pukul 10.30, mak telefon memberitahu nurul sudah di bawa balik rumah dan lebih kurang pukul 11, dia pergi menghadap Ilahi...

aku, abg ipar dan adik ku menyusur jalan ke kampung dengan sugul... adik ku c Tja, suda menangis sepanjang perjalanan, aku maklum dia paling rapat dengan budak2... aku drive selaju yang boleh tapi seselamat yang mungkin... kami tiba tepat pukul 4petang... aku tidak sanggup untuk melihat jenazah nya dan air mataku menitis juga mengingatkan drama dan gelagat arwah...

sepanjang minggu selepas terjatuh, aku cuba hiburkan hati dengan lagu Munajat Cinta nyanyian The Rock feat Ahmad Dhani... aku kuatkan hati dan cuba memberi semangat dari jauh kepada nya... dan dia pergi hari Jumaat, kata mak mungkin dia menunggu aku pulang...

mendengar cerita2 dari rumah, memang nurul sudah menunjukkan tanda2... hari sabtu lepas, di peluknya kakak ku dan dicium lain dari yang kebiasaan dibuatnya... sambil membisik2 sesuatu ke telinga kakak... tapi seperti biasa, kakak akan marah dan bertanya apa yang di minta nya... bapanya pula marah bila mendengar, arwah buang air besar di jambatan, sambil membebel budak ni suka bagi kerja... demikian antara tanda2 arwah sebelum pergi... kebanyakan gelagat nya minta di marah saja... nasib baik aku tiada di sana...

aku tidak terkilan dengan pemergiannya, bahkan aku berpuas hati sebab aku tidak pernah memarahinya, aku juga sentiasa menurut permintaannya, dan aku lah yang menjadi pelindungnya bila dia dimarah oleh sesiapa juga... bagi ku dia penghibur aku...

selepas ini, tiada lagi tangan yang biasanya aku gigit,tiada lagi yang berani mengetuk bilik ku awal pagi, tiada lagi ciuman dipipi dan dahi ku bila aku balik ke kk, tiada lagi budak yang akan berlari2 di hujung jambatan menyambut kepulangan ku, tiada lagi si gendut berbaju oren... buat kakak ku, terimalah hadiah hari lahir tahun ke33 dengan ujian Allah ini dengan redha dan sabar...al-fatihah...

Comments

pB said…
dia sedang menunggu kedua ibubapanya di syurga nanti

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!