Skip to main content

2 Perkara Baru

perkara ni bukanlah perkara baru, cuma apabila 2 keadaan ni berlaku hari ini, aku nda mau ianya luput begitu saja...pertama, semasa bfas dengan kawan pagi tadi, makanan ku nda habis sepenuhnya dan dia tegur... ingat senang ka dapat duit??? sedikit tersentak tapi masih sempat bergurau, aku kata sebutir nasi tu ibarat setitik peluh petani...

kalau budak2 yang belum kerja, mungkin durang nda tau macam mana susah nya mencari duit, tapi orang macam aku ni pun masih boleh membazir dalam kaca mata kawan ku ni... dan aku nda melenting sebaliknya aku bersetuju... selepas ni aku nda kan membazir lagi...

perkara kedua, aku nda mau ceritakan situasi nya, cuma aku dapat simpulkan kasih sayang ibu bapa sangat berbeza dan betul2 berada di tahap yang tinggi... berbanding kasih sayang adik beradik... sayang ibu bapa susah macam mana pun kita minta pasti akan cuba ditunaikan tanpa sedikit pun terpacul dimulut diorang SUSAH atau MENYUSAHKAN... aku seperti yang lain, memang mudah tersentuh lebih2 lagi benda2 yang sensitif... kalau bukan saudara, siapa lagi harus kita minta tolong... aku nda mungkin mengungkit perkara2 yang telah lalu, sebab aku sedar kalau sekarang kita berada di atas, suatu masa kita akan berada di bawah juga...

Nota Suara Aku bagaimanapun cuba sedaya mungkin meningkatkan kualiti diri dari masa ke semasa... adios!!!

Comments

Anonymous said…
kadang-kadang manusia salah intepretation' tentang menyusahkan ni...tp aku fruz adik aku yg gah ni kurang bijak mengatur kehidupannya.aku makin resah tengok ko kurang particular pasal mengurus diri sendiri...Ko kan bakal jd pemimpin keluarga klu bukan sekarang bila lagi mo latih? Harap ko jan lah amik hati suma pasal kata-kata aku yang selalu terlepas...
TheShida said…
wah stilla ktif ye dlm pdato sumer ni...chayok2! hehe...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!