Skip to main content

AIR dan HUJAN

Hari ini bekalan air di sekitar Serdang terputus....namun mungkin tidak la terasa sangat...sebab petang hujan turun dengan lebatnya..siap dengan petir dan guruh lagi!

Sebenarnya kita selalu lupa dan ghairah dengan apa juga ni'mat yang kita perolehi, sehingga apabila berlaku sesuatu bencana, kita mula untuk mengeluh tanpa sedikit pun kita terpikir kenapa berlakunya bencana ini?

AIR
Setiap hari kita akan menggunakan air untuk mandi, minum, dan membasuh....kita selalunya menggunakan air dengan boros dan rakus!...tanpa rasa bersalah kerana membazir...pernah kah kita apabila nampak air menitis setitik demi setitik dari paip yang tidak ditutup dengan sempurna, pikiran kita terbang ke negara2 miskin di afrika atau asia barat...bagaimana susah nya mereka ingin mendapatkan air bersih jangankan untuk mandi...tapi untuk minum pun susah!

HUJAN
Begitu juga dengan rahmat Allah yang bernama hujan ni...perasan kah kita apabila panas terik di tengah hari, kita akan mengeluh kerana cuaca yang panas ni!bila keadaan hujan, kita juga mengeluh kerana kita tidak membawa payung untuk berlindung dari hujan yang hanyalah air yang tidak menyakitkan pun! Kita juga tidak lagi menggunakan air hujan sebagai alternatif apabila kita terputus bekalan air.....

Nota Suara Aku menyorot "kita bergembira dan terus melayani perasaan tanpa mengucap kesyukuran ketika berpijak di bumi nyata, sehingga kita terbang menggapai langit yang tidak kan tercapai. Sampai satu ketika, kita terus terhenti dari lamunan bagai ditampar dan terjatuh terhempas ke bumi, belon berisi air akan pecah dan bercerai,burung yang kepatahan sayap akan menjunam gedebuk menyembah tanah, dan kebiasaan manusia akan melatah dan mengeluh kerana menyangka tidak diberi peluang untuk bahagia!"

Comments

Zinnia Rum said…
sebenarnya syabas tak reti buat kerja

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...