Skip to main content

HIPOKRIT! mengapa perlu?

Hipokrit!
Perkataan ni nampak macam boombastik, gempak dan kalau orang tidak tau apa maksudnya, mesti orang tidak kisah digelar hipokrit....tapi bila tau maksudnya mesti orang akan marah kalau di gelar dan dipanggil dengan gelaran hipokrit ini.

Hakikatnya ramai manusia yang hipokrit dalam dunia materialistik ini. Ada baik dan tidak kurang juga ada keburukan hipokrit ini. Aku ambil contoh, masyarakat Malaysia sekarang makin ramai pula yang tidak malu2 untuk menampilkan imej hodoh mereka kepada masyarakat. Bila tidak hipokrit ini maka mereka akan berkepit dengan pasangan walaupun tidak dibenarkan oleh agama. Mungkin alasan mereka, mereka bukan Hipokrit!

Kemudian, semakin ramai juga kelompok yang celaru identiti(anda tau maksud ku). Kalau yang perempuan berpewatakan lelaki ni tidak keterlaluan sangat, tapi yang lelaki yang aksinya kadang2 melebih2 pula dari wanita. Alasan yang biasa aku dengar ialah mereka tidak pinta dijadikan begini.memanglah! sudah tau tidak minta dijadikan begitu, sepatutnya mereka juga tidak terus jadi begitu...manusia ni boleh berubah hanya dengan usaha sendiri. Orang lain tidak boleh paksa.Allah sudah memberikan al-Quran sebagai petunjuk....sesuatu kaum itu tidak akan diubah, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya...

Kerana tidak hipokrit jugalah, mungkin sudah ramai yang tidak malu untuk tidak memakai tudung....alasan mereka ni mudah, mereka ni bukannya baik sangat.....itupun aku tau juga! tapi ada agama bagitau yang baik sahaja yang pakai tudung? anda tau jawapannya...tapi sebab mereka ni bukan dan tidak hipokrit! lah maka manusia akan terus hanyut kerana ada dayung dalam sampan tidak digunakan, hanya mengikut aliran air....

Nota Suara Aku pernah berkata, bahawa manusia perlu untuk hipokrit! Dan aku juga memang hipokrit sebab aku tau dan ingin berusaha supaya aku dapat berubah! Biar orang tidak nampak kejahatan ku, sebab mereka akan kata aku ni baik dan bersopan-santun la....dan aku percaya bila mereka kata begitu, mereka sedang berdoa untuk aku!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!