Skip to main content

KETELUSAN PIHAK KESELAMATAN

Semalam berlaku satu kejadian yang sungguh menyayat hati..aku dan roomate aku keluar beli makanan untuk hidangan lepas baca yaasin.

Lepas tu masuk kawasan pentadbiran nak pg ambil duit, aku cadangkan dengan RM supaya meredah arus jer...maksudnya jalan sehala tapi masuk jer sebab menjimatkan....selalu buat tak kena tangkap oleh keselamatan,tapi malang tu betul tak berbau, rupa2 nya keselamatan buat ops pula! terus kena saman rm25....alasan kami tidak diterima langsung!

Aku bukan mau ceritakan kejahatan yg dibuat, tapi rasional kenapa studen buat begitu....aku terfikir satu idea bahawa kenapa tidak jalan sehala tu di jadikan dua hala..sebab pertama, jalan tu menyingkatkan dan menjimatkan minyak motor pelajar...mungkin kalau sukar untuk dijadikan dua hala untuk 24 jam pun, tidak salah kalau dijadikan dua hala bermula pukul 7malam - 6 pagi!...alasan kedua, dengan keputusan macam ni, pelajar tidak perlu untuk DI SAMAN kerana kesalahan yang boleh dielakkan ini!....mungkin yg membaca tidak faham. Tapi kalau anda berada dalam situasi ini, anda juga akan melakukan perkara yang sama! sebab semalam ada sorang pakcik yg bukan pelajar lah, tapi tidak dikenakan saman....maksudnya wujud double standard dalam jabatan keselamatan ni...bahkan membuktikan tidak telus nya mereka....pelajar sahaja yg dikenakan tindakan SAMAN ni!

Aku akan hantar surat kepada pentadbiran berkenaan hal ni, aku cuba ikut prosedur yang pastinya lama dan penuh dengan hutan birokrasi ni! dan kemungkinan besar juga, surat yang aku hantar ni akan ditemui di tong sampah!(tidak mustahil) sebab aku kan hanya insan biasa...akhbar pun tak masuk, tv lagi lah mustahil! orang kata tidak ada kepentingan!Aku akan hantar cadangan supaya jalan tu boleh dijadikan dua hala untuk masa yang aku cadangkan tu.

tapi inilah hakikat yang berlaku, zaman ni...ketegasan manusia ni bertempat. Di satu pihak kononnya tegas dan ikut peraturan yang dibuat, tapi dalam keadaan yang lain mereka ni akan mengambil kesempatan dengan menunjukkan betapa mereka ni prihatin dan layak untuk mendapat anugerah diraja atas jasa mereka!

Penuh kepura-puraan tapi tidak telus...Nota Suara Aku....

Comments

Zinnia Rum said…
keselamat upm tak reti buat kerja

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!