Skip to main content

CALL DAN TERUS PANGGIL

Hari ni kerja ku hanya 1...nampak mudah tapi sebenarnya mengambil masa setengah hari aku di ofis! Aku terpaksa buat panggilan kepada 79 orang pelajar yang akan terlibat dalam temuduga pertukaran pelajar ke Jepun!

Aku mula buat panggilan pukul1.30 ptg...smpi blog ni ditulis, aku belum selesai lagi buat panggilan...tapi aku gembira sebab aku dapat pengalaman berkomunikasi dengan orang....pengalaman lain aku dapat ialah, aku dapat mendengar pelbagai caller ringtone dari studen2 ni...ada yang kata salah nombor la, ada bunyi katak bodoh la, dan tidak kurang yang pakai lagu2 popular sekarang...aku juga terpengaruh dan tertarik untuk mengambil satu caller ringtone dari digi!....aku mau cari lagu Teman Tapi Mesra dari Ratu, tapi digi ni lambat la sebab belum ada lagi tone tu...tapi hotlink sudah ada tone tu...aku ambil lagu Bila Rindu dari Ruffedge....satu lagi lagu aku mau the alp song dari Black Eyed Peas....tapi ntah apa masalah nda bole pula!

Tadi pagi aku ke fakulti lagi sekali cuba utk tuntut hadiah tu...tapi kejadian ni buat aku marah lagi sekali...mau tuntut hadiah pun susah ka?....apa punya bodoh la birokrasi ni...katanya cek tak sampai lagi....aik, dah la orang dah tunggu lama sejak sem lepas untuk final, ni tuntut hadiah pun ambil masa yg lama....lebih susah dari mengalahkan org pula!

Aku terus panggil dan panggil kerja dan tugasan aku yang belum siap....lepas pg fakulti aku call supervisor pula tanya pasal projek ku...dia marah!alamak ni mcam masalah besar ni...bayangkan orang lain dah jumpa dia 4-5 kali, tapi aku baru call dia...terus dia suruh jumpa esok pagi kat bilik dia....aku masih berfikiran positif aku tidak akan menghadapi masalah dengan dia, sebab aku tau tackle tajuk projek yang menjadi kegemaran dia....walaupun ada juga rasa risau sebab kawan2 aku banyak yg kena reject tajuk projek! alasan yang diberikan ialah tajuk tu sudah ramai yang kaji....

Nota Suara Aku terus call dan terus panggil sampai urusan aku selesai.....Hooooiiii orang2 kampung, di sini ada makan besar!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...