Skip to main content

TULISAN JAWI SEMAKIN PUPUS

Aku nampak satu keratan akhbar pasal kebimbangan tulisan jawi semakin pupus. Tulisan jawi memainkan peranan dalam penulisan semasa memperjuangkan orang Melayu dari dulu lagi. Tapi sedih apabila akhbar dalam tulisan jawi berkubur pada tarikh keramat 29 Januari...tarikh lahir aku yang hensem ini!

Penggunaan tulisan jawi memang telah lama tidak digunakan dan diamalkan oleh masyarakat kita. Aku kira ramai antara kita yang tidak mampu untuk membaca tulisan jawi, kalau ada pun membaca dengan tergagap-gagap!

Seperti biasa lah, apabila sudah terjadi satu yang buruk, barulah kita memerah otak untuk mengembalikan kegemilangan tulisan jawi ini. Aku tidak nafikan, kementerian Pelajaran melalui pendidikan Islam mengemukakan soalan peperiksaan dalam PMR dan SPM dalam versi tulisan rumi dan jawi. Namun saya pasti pelajar lebih suka untuk menjawab dengan tulisan rumi. Maknanya tulisan jawi ini hanyalah sebagai perhiasan kertas soalan sahaja.

Mungkin aku mencadangkan kerajaan melalui kementerian pelajaran ini, mewajibkan pelajar untuk menjawab soalan Pendidikan Islam dalam tulisan jawi. Jangan kata ini bebanan, sebab perkara ini akan bertambah serius jika tidak ditangani dengan lebih awal....

Pemupusan tulisan jawi ini juga mungkin alasan kenapa orang cina menentang apabila sekolah wawasan dilaksanakan. Mungkin kerisauan mereka ini berasas dan telah terbukti. Antara sebab lain, kurangnya penggunaan tulisan jawi ini ialah, masyarakat sudah semakin lupa untuk mendalami al-Quran. Kurang membaca dan tidak merasa adanya nilai (aduh....susahnya mau terangkan, siap tanya ramai orang lagi). Tapi macam tulah keadaannya...

Nota Suara Aku berakhir disini......diwaktu langit telah runtuh, janganlah hendak ditahan dengan telunjuk!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!