Skip to main content

HARI YANG MELETIHKAN TAPI BOLA TETAP BOLA


Hari ini aku melalui satu hari yang meletihkan. Tidak pernah dalam ingatan aku sepanjang aku hidup di muka bumi ini, tidak tidur waktu petang atau dalam siang hari. Inilah hari yang memenatkan. Bangun seawal 7.00pagi. Aku nda tidur lepas Subuh sebab untuk bersedia ambil hadiah sempena kemenangan Debat Budi Bahasa sebelum cuti hari tu. Jam 8.30 bergerak ke dewan Ideal untuk majlis kemuncak kempen Budi Bahasa. Majlis habis kira2 pukul 10pagi.

10.45 aku pg dewan untuk membantu BPA untuk majlis setengah hari bersama duta hari Khamis nanti. Angkat sofa dari galeri dan pusat, bawa g dewan dan susun. Lepas tu angkat tiang bendera 64 batang dari hujung dewan ke atas pentas. Jauhnya kira2 300meter! Ulang-alik 5-6 kali juga lah... Rehat untuk makan jam12.15.

1.00petang.aku ingat mau naik ofis dulu, tulis blog tapi ada tugas yang nda dijangka! Aku ditugaskan di bahagian marsyal trafik untuk kira2 61buah kereta duta yang akan datang Khamis nanti. Jadi aku kena ikut bas membuat tour upm...hah bukan LTdL ja yang ada tour....Pukul3 baru dapat naik ofis, itupun nda lama lepas tu, aku kena panggil untuk satu trip lagi...naik semula ofis jam4.30....

5.00ptg, kena bantu staf BPA siapkan utk persiapan terakhir....tolong itu ini...baru sekarang dapat buat entry hari ini....teringat kemenangan Chelsea kepada Liverpool....gembira hatiku! Padan muka diorang....begitu juga dengan kemenangan Badak Sabah dalam Liga Perdana terhadap Johor FC....hahahahaha..ini yang membangkitkan semangat aku untuk terus menyokong Sabah Tatap! Semoga ini bukan pengakhiran perjuangan Sabah dan Chelsea dalam bola sepak....

Tapi aku kecewa dengan kebanyakan rakyat Malaysia yang begitu merendahkan bola sepak negara kita. Untuk meningkatkan mutu bola sepak, aku mencadangkan kita perlu meniru cara pentadbiran bola sepak macam di England, Itali atau Sepanyol contohnya.... durang melatih dengan khusus posisi satu jurulatih. Penjaga gawang ada jurulatihnya, penyerang juga ada jurulatih dan begitulah. Kemudian, bola sepak dalam negara kita tidak mendapat sokongan dari badan2 gergasi apatah lagi rakyat negara kita.

Mungkin mutu mainan pemain kita tidak lah begitu bagus, tapi cara memulaukan bola sepak negara bukanlah cara yang sepatutnya. Aku melihat bola sepak macam dianggap seperti anak emas!sedangkan banyak acara lain yang mendatangkan kebanggaan kepada negara kita....renang contohnya, tapi tidak mendapat perhatian yang secukupnya....begitu juga dengan bowling atau sekarang mungkin skuash!

Nota Suara Aku berharap agar kita dapat memberi perhatian sewajarnya kepada potensi sukan mana yang boleh mengangkat nama Malaysia di persada dunia. Jangan lah Malaysia Boleh terus terkubur sebagai slogan semata, hanya kerana bola sepak kita semakin merudum....fahamilah renungan aku yang jauh ini....

Comments

Anonymous said…
Letih tapi seronok kan irman, pasal bolasepak tu memang susah nak cakap, Am sendiri sudah hilang minat nak melihat tapi bukanlah nak memulaukan cuma mungkin kerana telah berkali-kali kecewa dengan persembahan pasukan bolasepak kita
Abah Mui'zz said…
Am, abah lagi best. Tak reti nak komen ttg bolasepak. Sebabnya, tiap kali nampak channel tayang bola, abah cari channel lain. hahaha, tak minat la tu jawabnya. Dari kecik sampai dah tua ni, tetap juga kaki bangku dan tangan kerusi.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!