Skip to main content

BILA HATI SUDAH TERPAUT


Semalam aku hadir ke majlis Forum Perpaduan anjuran kolej keenam. Tajuknya seperti juga tajuk entry ku hari ini. Tajuk ini pada mulanya nampak macam kena pada hari yang bakal disambut oleh seluruh dunia iaitu Hari Valentine( kecuali aku) minggu depan. Membincangkan tentang hati dan perasaan.

Tapi sayang, tipah tertipu rupanya….forum ini bukannya membincangkan hati yang terpaut pada pasangan yang bercinta. Tetapi hati yang terpaut pada agama, rasa cinta yang tinggi kepada budaya dan keagungan cinta kepada ilmu. Namun dasar ketiga-tiga cinta ini ialah kecintaan kepada Allah pencipta kita.

Sesuailah hari ini hari Jumaat, maka aku pun mau juga berkhutbah lah dalam blog ini tambah pahala dan mengajak kepada ma’aruf. Kalau di Terengganu sudah memulakan khutbah dengan bantuan multimedia, aku menurut jejak mereka…..

Balik kepada topik, hati ini merupakan akar kepada manusia. Seketul daging yang sangat berkuasa dan berpengaruh kepada manusia. Jika pemeliharaan hati dijaga, dibajai dengan zikir dan ingatan kepada Allah, disirami dengan keinsafan dan diterangi dengan tanda-tanda keagungan Allah yang ada di muka bumi...insyaAllah yang lahir itu insan yang mulia disisiNya. Tetapi jika hati tidak dipelihara, tidak dibajai,disirami dan diterangi....hati akan mati, minda akan kabur, masyarakat akan hancur, dan kita akan terus hidup dan bernafas dalam lumpur.....akhirnya kita akan mati tidak berkubur, kalau berkubur pun tidak bernisan, kalau bernisan pun tidak bernama dan kalau tidak bernama pun biarlah hanya pada nisan, tapi tidak disisi Allah....itu sangat azab! Hati sudah terpaut pada agama...

Kemudian, hati terpaut di dahan budaya yang selama ini menjadi nadi dan identiti kita. Bermula dari adat dan adab, tatatertib, perilaku, tuturkata dan pakaian budaya akan sentiasa terpelihara. Tapi ada juga yang mengasingkan budaya lama dengan suasana kemodenan. Mentang-mentanglah bangunan semakin tinggi2, bergaul pun dengan orang puteh, bercakap dalam bahasa dunia maka berpendapat budaya lama tidak boleh dicampurkan. Kalau dicampurkan takut dan malu orang akan kata, lapuk dan kolot! Mereka berbangga dengan rambut diwarnakan dengan warna pelangi.

Nota Suara Aku berhenti setakat ini. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu kelemahan diri aku yang hina ini....selamat berhujung minggu kepada semua blogger. Jangan lupa Isnin kerja!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...