Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2006

HIKMAH KEKALAHAN

hari ni aku kembali untuk isi blog yang sudah seminggu aku tak isi dengan apa juga perkembangan yang tak kembang2 ni. munkin sibuk dengan pidato yang aku ikut sabtu lepas. Resultnya, aku kalah....sedey siut....yang menang ialah juara bertahan dari UTM, kedua dari UIAM, orang yang sama juga tahun lepas, dan ketiga dari UUM....tapi banyak yang aku pelajari dari pertandingan tu...paling penting sebenarnya ialah bila buat kerja kena bersungguh2, jangan sambil lewa jer sebab jangan disangka langit selalunya cerah....rupanya2 saingan bukanlah semudah yang disangka kerana diorang ni sudah berpengalaman dan bukan lawan yang calang2 orangnya... Kedua jangan lupa kepada siapa yang telah banyak membantu sehingga ketahap begini....tapi kadang2 manusia begitu lah, bila berada di satu tahap yang disangkanya bagus dan terbaik, dia mula lupa bumi tempatnya berpijak....di sebalik pertandingan ni sebenarnya aku beruntung sebab aku tahu hikmah di sebalik kekalahan yang pahit untuk ditelan ini..... Tekana

AIR dan HUJAN

Hari ini bekalan air di sekitar Serdang terputus....namun mungkin tidak la terasa sangat...sebab petang hujan turun dengan lebatnya..siap dengan petir dan guruh lagi! Sebenarnya kita selalu lupa dan ghairah dengan apa juga ni'mat yang kita perolehi, sehingga apabila berlaku sesuatu bencana, kita mula untuk mengeluh tanpa sedikit pun kita terpikir kenapa berlakunya bencana ini? AIR Setiap hari kita akan menggunakan air untuk mandi, minum, dan membasuh....kita selalunya menggunakan air dengan boros dan rakus!...tanpa rasa bersalah kerana membazir...pernah kah kita apabila nampak air menitis setitik demi setitik dari paip yang tidak ditutup dengan sempurna, pikiran kita terbang ke negara2 miskin di afrika atau asia barat...bagaimana susah nya mereka ingin mendapatkan air bersih jangankan untuk mandi...tapi untuk minum pun susah! HUJAN Begitu juga dengan rahmat Allah yang bernama hujan ni...perasan kah kita apabila panas terik di tengah hari, kita akan mengeluh kerana cuaca yang panas

KETELUSAN PIHAK KESELAMATAN

Semalam berlaku satu kejadian yang sungguh menyayat hati..aku dan roomate aku keluar beli makanan untuk hidangan lepas baca yaasin. Lepas tu masuk kawasan pentadbiran nak pg ambil duit, aku cadangkan dengan RM supaya meredah arus jer...maksudnya jalan sehala tapi masuk jer sebab menjimatkan....selalu buat tak kena tangkap oleh keselamatan,tapi malang tu betul tak berbau, rupa2 nya keselamatan buat ops pula! terus kena saman rm25....alasan kami tidak diterima langsung! Aku bukan mau ceritakan kejahatan yg dibuat, tapi rasional kenapa studen buat begitu....aku terfikir satu idea bahawa kenapa tidak jalan sehala tu di jadikan dua hala..sebab pertama, jalan tu menyingkatkan dan menjimatkan minyak motor pelajar...mungkin kalau sukar untuk dijadikan dua hala untuk 24 jam pun, tidak salah kalau dijadikan dua hala bermula pukul 7malam - 6 pagi!...alasan kedua, dengan keputusan macam ni, pelajar tidak perlu untuk DI SAMAN kerana kesalahan yang boleh dielakkan ini!....mungkin yg membaca tidak fa

SURAT UNTUK MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Tahniah la kepada menteri pengajian tinggi yang baru...tahu ja berita ni aku rasa ada sinar dari menteri ni bahawa IPT sedang menuju kegemilangan nya....insya Allah! Aku tau kalau aku hantar pigi akbar pun bukan di publish, jadi cukuplah aku hantar di blog Nota Suara Aku sekurang2 nya orang lain pun dapat baca juga... Harapan dan permohonan aku ialah: IPT ni dibebaskan dari belenggu AUKU ni. mungkin ramai yang cakap akta ni tidak pun menyekat mahasiswa, tapi sebenarnya ini berlaku....yang bercakap tiada masalah dengan kewujudan benda ini ialah mereka3 yang memerlukan dan menggunakan ini sebagai senjata untuk bermaharajalela....kita ingin mahasiswa berfikiran terbuka dan luas serta jauh, tapi melalui pelaksanaan ada sekatan yang boleh membantutkan usaha ini. IPT mendapat autonomi sebab pelajar merupakan badan yang menjadi pengimbang dan pemeriksa kepada apa juga dasar kerajaan...sekarang ni aku tengok keadaan di univ huru-hara dengan campur tangan parti politik bodoh!.....ingat kami(ak

CALL DAN TERUS PANGGIL

Hari ni kerja ku hanya 1...nampak mudah tapi sebenarnya mengambil masa setengah hari aku di ofis! Aku terpaksa buat panggilan kepada 79 orang pelajar yang akan terlibat dalam temuduga pertukaran pelajar ke Jepun! Aku mula buat panggilan pukul1.30 ptg...smpi blog ni ditulis, aku belum selesai lagi buat panggilan...tapi aku gembira sebab aku dapat pengalaman berkomunikasi dengan orang....pengalaman lain aku dapat ialah, aku dapat mendengar pelbagai caller ringtone dari studen2 ni...ada yang kata salah nombor la, ada bunyi katak bodoh la, dan tidak kurang yang pakai lagu2 popular sekarang...aku juga terpengaruh dan tertarik untuk mengambil satu caller ringtone dari digi!....aku mau cari lagu Teman Tapi Mesra dari Ratu, tapi digi ni lambat la sebab belum ada lagi tone tu...tapi hotlink sudah ada tone tu...aku ambil lagu Bila Rindu dari Ruffedge....satu lagi lagu aku mau the alp song dari Black Eyed Peas....tapi ntah apa masalah nda bole pula! Tadi pagi aku ke fakulti lagi sekali cuba utk t

JANJI BIAR TEPATI

Hari ni aku janji dengan sorang budak tapi dia nda datang macam yg dijanjikan. Aku jadi marah tahap dewa mana aku nda pasti, tapi kalau dia ada kalau boleh aku mau sepak terajang ja! Aku nda kisah kalau nda buang duit, tapi ni memang melampau namanya...Mungkin aku boleh bersabar, tapi macam biasa lah, kesabaran manusia tu ada batasnya....dan batas tu kalau melebihi hadnya macam air di empangan Kenyir tu, boleh meletup dunia ku...hei...tersiksanya batinku dengan perangai manusia2 yang mungkir janji... Bila marah, mcam2 bole berlaku....tahap berfikir dan sistem pernafasan aku terganggu yang amat...mau di maki kesian pula! Betul la orang bilang, kemarahan itu adalah masa kita jadi gila! Kewarasan berada di tahap paling bawah! Mungkin di bawah kaki....otak letak mana!

BUDI BAHASA BUANG DALAM TONG SAMPAH

Aku kalau bole mau tampar SU seorang timb pendaftar di fakulti tadi...dia ingat dia tu siapa! nasib baik orang tua, kena hormat...aku ni johan debat BUDI BAHASA....jadi kena jaga imej ...ahaks! Tapi aku paling pantang org yg kerja melayan, tapi tak pandai. Aku tau dia perempuan(mungkin period) tapi bila orang tanya dengan budi bahasa, jawablah dengan budi bahasa juga...kerja staf biasa ja pun, tapi belagak! kalau bukan mau menuntut hadiah RM1 ribu tu, aku tak hingin mau ke sana!

HIPOKRIT! mengapa perlu?

Hipokrit! Perkataan ni nampak macam boombastik, gempak dan kalau orang tidak tau apa maksudnya, mesti orang tidak kisah digelar hipokrit....tapi bila tau maksudnya mesti orang akan marah kalau di gelar dan dipanggil dengan gelaran hipokrit ini. Hakikatnya ramai manusia yang hipokrit dalam dunia materialistik ini. Ada baik dan tidak kurang juga ada keburukan hipokrit ini. Aku ambil contoh, masyarakat Malaysia sekarang makin ramai pula yang tidak malu2 untuk menampilkan imej hodoh mereka kepada masyarakat. Bila tidak hipokrit ini maka mereka akan berkepit dengan pasangan walaupun tidak dibenarkan oleh agama. Mungkin alasan mereka, mereka bukan Hipokrit! Kemudian, semakin ramai juga kelompok yang celaru identiti(anda tau maksud ku). Kalau yang perempuan berpewatakan lelaki ni tidak keterlaluan sangat, tapi yang lelaki yang aksinya kadang2 melebih2 pula dari wanita. Alasan yang biasa aku dengar ialah mereka tidak pinta dijadikan begini.memanglah! sudah tau tidak minta dijadikan begitu

MENCARI BUKU

Hari ini aku jalan2 pg Mid Valley sorang diri tidak mcam selalu....inilah kali pertama aku keluar sorang2 dalam sejarah aku belajar di Univ. ni....Rekod pula tu...11 jam!...pertama aku pg Mid Valley, 1/2 jam juga lah aku cari kedai buku MPH tu...sasaran aku ialah mencari buku Bolehkah Masyarakat Asia Berfikir? tulisan Kishore Mahbubani....dua jam aku cari dalam rak buku tu...tapi nda jumpa...aku tanya di kaunter dia cakap, habis stok! yang ada pun dia cakap English Version. alamak! aku bukan mau buku inggeris....aku tau ada versi Melayu sebab aku pernah mau beli, tapi sebab aku rasa kan kedai buku macam MPH mesti ada jual. tapi aku hampa dan kecewa.... Tapi aku nda putus asa, aku ambil keputusan pg Kinokuniya pula....Ni aku dengar cerita kedai Kinokuniya terbesar di Asia...ntah lah betul ka nda...sampai di KLCC, aku pg kedai buku tu untuk mencari buku tu...tapi aku dikecewakan sekali lagi...buku tu tidak ada dalam versi Melayu. Yang ada pun versi Inggeris tu lah, tapi itupun sudah habi

MONOLOG SEORANG PESUNYI

Hujung minggu datang menyapa Tersiksa bagai dipenjara Walau tidak pernah didiami Terkurung sendiri menyepi Keriuhan di luar bukan kisah ku Seolah tidak tenteram....tapi kosong! Imaginasi berlakon macam wayang gambar Mengikut skrip bacaan mata Sambil membandingkan diriku dengan pelakon utama Bezanya jauh sekali Apa rasanya bercinta? Mempunyai pasangan untuk ditatapi Menumpahkan perasaan untuk disayangi Mengisi kekosongan untuk diingati Menjadi pengalaman untuk dituruti Arca darah muda Sekadar mengikut zaman remaja Sebenarnya tercabar oleh kawan Di sana berkepit duduk berduaan saling berhadapan Kalau sendiri tersepit walau duduk sendiri Di sana makan pun kadang disuap Kalau sendiri kadang berlapar Azali manusia ingin berpasangan Kejadian Tuhan supaya berkenal-kenalan Jadi yang sendiri itu tidak cukup sifat kah? Kalau kera dikatakan sumbang Kalau lauk dikatakan kurang garam Kalau bunga dikatakan tidak berbau Aku?

BILA HATI SUDAH TERPAUT

Semalam aku hadir ke majlis Forum Perpaduan anjuran kolej keenam. Tajuknya seperti juga tajuk entry ku hari ini. Tajuk ini pada mulanya nampak macam kena pada hari yang bakal disambut oleh seluruh dunia iaitu Hari Valentine( kecuali aku) minggu depan. Membincangkan tentang hati dan perasaan. Tapi sayang, tipah tertipu rupanya….forum ini bukannya membincangkan hati yang terpaut pada pasangan yang bercinta. Tetapi hati yang terpaut pada agama, rasa cinta yang tinggi kepada budaya dan keagungan cinta kepada ilmu. Namun dasar ketiga-tiga cinta ini ialah kecintaan kepada Allah pencipta kita. Sesuailah hari ini hari Jumaat, maka aku pun mau juga berkhutbah lah dalam blog ini tambah pahala dan mengajak kepada ma’aruf. Kalau di Terengganu sudah memulakan khutbah dengan bantuan multimedia, aku menurut jejak mereka….. Balik kepada topik, hati ini merupakan akar kepada manusia. Seketul daging yang sangat berkuasa dan berpengaruh kepada manusia. Jika pemeliharaan hati dijaga, dibajai dengan zikir

TULISAN JAWI SEMAKIN PUPUS

Aku nampak satu keratan akhbar pasal kebimbangan tulisan jawi semakin pupus. Tulisan jawi memainkan peranan dalam penulisan semasa memperjuangkan orang Melayu dari dulu lagi. Tapi sedih apabila akhbar dalam tulisan jawi berkubur pada tarikh keramat 29 Januari...tarikh lahir aku yang hensem ini! Penggunaan tulisan jawi memang telah lama tidak digunakan dan diamalkan oleh masyarakat kita. Aku kira ramai antara kita yang tidak mampu untuk membaca tulisan jawi, kalau ada pun membaca dengan tergagap-gagap! Seperti biasa lah, apabila sudah terjadi satu yang buruk, barulah kita memerah otak untuk mengembalikan kegemilangan tulisan jawi ini. Aku tidak nafikan, kementerian Pelajaran melalui pendidikan Islam mengemukakan soalan peperiksaan dalam PMR dan SPM dalam versi tulisan rumi dan jawi. Namun saya pasti pelajar lebih suka untuk menjawab dengan tulisan rumi. Maknanya tulisan jawi ini hanyalah sebagai perhiasan kertas soalan sahaja. Mungkin aku mencadangkan kerajaan melalui kementerian pelaja

Tangani Stres dengan Bijak

Hari ni lambat balik bilik lagi. Semalam roomate ku pikir aku pg debat lagi...Itu mungkin rutin dan alasan paling mudah kalau aku nda balik bilik sehari-suntuk. Apa nda nya, selalunya bila dia balik bilik, dia akan jumpa aku sedang melayari mimpi, ataupun game....itulah kehidupan aku...paling tidak pun, dia akan jumpa aku di bilik tv(port fevret). Sementara mau tunggu,mau pg kelas jam8 nanti, aku mengambil kesempatan di ofis ni buat entry. Aku sempat YM dengan activ8ions sejak sekian lama...rupa2nya dia dah dapat masuk MMU...dapat course multimedia pula tu....dapat mendalami dan menambahkan lagi ilmu dia....tahniah dan moga2 berjaya...patutlah dah lama nda nampak YM dia online.... Aku sempat baca buku Jangan Tidak-Tidak tulisan Dr.Tuah! dan aku dapat inspirasi sikit lah. dalam bab menangani stres, antara tips nya ialah....cuba baca novel. Untuk mengimbangi penggunaan otak kiri dan kanan kita lah...betul juga tu... Buat juga kerja lain, jangan jadi macam robot yang jadualnya sama ja tia

HARI YANG MELETIHKAN TAPI BOLA TETAP BOLA

Hari ini aku melalui satu hari yang meletihkan. Tidak pernah dalam ingatan aku sepanjang aku hidup di muka bumi ini, tidak tidur waktu petang atau dalam siang hari. Inilah hari yang memenatkan. Bangun seawal 7.00pagi. Aku nda tidur lepas Subuh sebab untuk bersedia ambil hadiah sempena kemenangan Debat Budi Bahasa sebelum cuti hari tu. Jam 8.30 bergerak ke dewan Ideal untuk majlis kemuncak kempen Budi Bahasa. Majlis habis kira2 pukul 10pagi. 10.45 aku pg dewan untuk membantu BPA untuk majlis setengah hari bersama duta hari Khamis nanti. Angkat sofa dari galeri dan pusat, bawa g dewan dan susun. Lepas tu angkat tiang bendera 64 batang dari hujung dewan ke atas pentas. Jauhnya kira2 300meter! Ulang-alik 5-6 kali juga lah... Rehat untuk makan jam12.15. 1.00petang.aku ingat mau naik ofis dulu, tulis blog tapi ada tugas yang nda dijangka! Aku ditugaskan di bahagian marsyal trafik untuk kira2 61buah kereta duta yang akan datang Khamis nanti. Jadi aku kena ikut bas membuat tour upm...hah bukan