Skip to main content

Firaun,Qarun,Hamman & Ubai bin Khalaf - kita di mana?

punch card diketik jam6.30 petang dan terus memandu kelisa ke lokasi aman iaitu masjid... maghrib dan isyak di masjid negeri seperti yang pernah2 aku lakukan sebelum ni... walaupun penat, tapi aku teruskan iktikaf di masjid melayan kesejukan aircond... peh layan siot... kuliah maghrib disampaikan oleh seorang ustz yang aku kurang kenal namanya... dan aku terlelap dalam 10-15 minit sehinggalah aku terbangun kembali mendengar kuliah ustz ni... aku pun xingat sudah pangkal nya, yang pasti aku tertarik dengan cerita pasal Firaun, Qarun, Hamman dan Ubai bin Khalaf...

ust melontarkan persoalan, kita hendak dalam kumpulan yang mana? baca la selanjutnya di sini.

semalam Joy miscal dan aku call balik... seronok berbual dengannya walaupun setiap cerita itu pastinya GANTUNG! maksudnya cerita yang dicetuskan tidak pernah ada penghujung dan kadang2 membuatkan aku berfikir... mempunyai kawan seperti joy memang sukar dan aku antara yang bertuah... aku banyak belajar darinya walaupun dia ni junior aku... dan dia tinggalkan lagi satu persoalan semalam, katanya Alhamdulillah sekarang ni sudah hijrah dalam sebulan... apa yg dihijrahkannya aku pasti tidak tahu tapi aku terus mengaitkan dengan diriku juga... kita berada di bulan safar suda, begitu juga kita suda meninggalkan januari untuk merasa nafas februari...

Nota Suara Aku cuba untuk memberi peringatan tentang dua azam yang aku tanam hujung disember lepas... dan progress nya setakat ini? hah, aku hampir utk mempunyai pasangan dengan seorang kenalan yang dicadangkan Joy sendiri, tapi aku xpasti untuk menerimanya... mungkin aku perlu bersetuju yang aku ni sangat memilih dan high taste! sungguh mengejutkan juga aku ni... tapi aku cuba untuk mencintai...cewah...

berkenaan bisnes? masih tidak ada tanda2 aku ingin buat bisnes... harapnya tidak hilang azam ni...adios!

Comments

Anonymous said…
Nice blog!
Hope bahagia dengan pasangan idaman dan berjaya dalam bisnes.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!