Skip to main content

HIKMAH KEKALAHAN

hari ni aku kembali untuk isi blog yang sudah seminggu aku tak isi dengan apa juga perkembangan yang tak kembang2 ni. munkin sibuk dengan pidato yang aku ikut sabtu lepas. Resultnya, aku kalah....sedey siut....yang menang ialah juara bertahan dari UTM, kedua dari UIAM, orang yang sama juga tahun lepas, dan ketiga dari UUM....tapi banyak yang aku pelajari dari pertandingan tu...paling penting sebenarnya ialah bila buat kerja kena bersungguh2, jangan sambil lewa jer sebab jangan disangka langit selalunya cerah....rupanya2 saingan bukanlah semudah yang disangka kerana diorang ni sudah berpengalaman dan bukan lawan yang calang2 orangnya...

Kedua jangan lupa kepada siapa yang telah banyak membantu sehingga ketahap begini....tapi kadang2 manusia begitu lah, bila berada di satu tahap yang disangkanya bagus dan terbaik, dia mula lupa bumi tempatnya berpijak....di sebalik pertandingan ni sebenarnya aku beruntung sebab aku tahu hikmah di sebalik kekalahan yang pahit untuk ditelan ini.....

Tekanan yang ada rupanya memberikan kesan yang sangat besar kalau kita gagal untuk menyerapnya....aku dapat rasa benda tu....dari pusingan awal lagi....dengan persembahan tahap sekolah menengah tingkatan 2.....aku dapat juga masuk final malam tu, tapi aku terlupa bahawa yang aku lawan bukanlah "ayam" tapi helang dan garuda dari serata Malaya....

Nota Suara Aku berterima kasih dengan keputusan yang menyedarkan ini....semoga aku dapat menebus kehampaan dan kekecewaan yang berlaku, segera bangkit dari bermimpikan bidadari...andai manusia menjadikan semalam sebagai takdir, untuk melalui hari dengan berserah dan menunggu hari esok secara kebetulan...maka manusia akan sentiasa berada di takuk lama...andainya manusia menjadikan semalam sebagai pengajaran untuk melalui hari ini dengan kesedaran dan meniti hari esok dengan keinsafan yang tinggi, maka tunggulah kebangkitan manusia seperti mutiara di dasar laut, menunggu masa untuk bersinar!

Comments

Amin Ahmad said…
apa jadahnya HamZahidi ni kau ni man?

Rileks la..
yg berjaya bukan yg tak pernah jatuh tp yg bangkit bila jatuh!

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!