Skip to main content

SURAT UNTUK MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Tahniah la kepada menteri pengajian tinggi yang baru...tahu ja berita ni aku rasa ada sinar dari menteri ni bahawa IPT sedang menuju kegemilangan nya....insya Allah!

Aku tau kalau aku hantar pigi akbar pun bukan di publish, jadi cukuplah aku hantar di blog Nota Suara Aku sekurang2 nya orang lain pun dapat baca juga...

Harapan dan permohonan aku ialah:
  1. IPT ni dibebaskan dari belenggu AUKU ni. mungkin ramai yang cakap akta ni tidak pun menyekat mahasiswa, tapi sebenarnya ini berlaku....yang bercakap tiada masalah dengan kewujudan benda ini ialah mereka3 yang memerlukan dan menggunakan ini sebagai senjata untuk bermaharajalela....kita ingin mahasiswa berfikiran terbuka dan luas serta jauh, tapi melalui pelaksanaan ada sekatan yang boleh membantutkan usaha ini.
  2. IPT mendapat autonomi sebab pelajar merupakan badan yang menjadi pengimbang dan pemeriksa kepada apa juga dasar kerajaan...sekarang ni aku tengok keadaan di univ huru-hara dengan campur tangan parti politik bodoh!.....ingat kami(aku) ni ahli parti yang mesti ikut telunjuk cacat mereka tu....harus dibezakan klausa parti politik bodoh ni dengan kerajaan....sebab nanti ada kekeliruan dari pelbagai pihak pula...terus dijadikan bahan cerita akhbar, tribun, majalah, buletin bangang diorang ni...
  3. Menteri2 selalu lah masuk ke dalam univ ni, bukan mengintai atau lalu begitu sahaja.... pelajar2 perlukan perhatian dari kerajaan bukan dari parti politik! sebab kerajaan ni melaksanakan dasar2 yang ingin dicapai....sekurang2nya seminggu sekali untuk bertemu dgn pelajar2....kalau IPTA ada 17....jadi aku tolong kira kan lah...ada 17minggu supaya ada keadilan utk semua pelajar dapat tengok rupa menteri ni...namapun menteri pengajian tinggi kan...rasanya tiada alasan untuk tidak membuat lawatan dan perjumpaan seperti ni..lain la kalau macam kementerian kesihatan ka atau kerja raya...takkan lah mau lawat jalan raya tiap2 mgu kan, atau hospital tiap2 minggu...
banyak lagi sebenarnya harapan yang mau ditulis dalam Nota Suara Aku tapi cukup la dulu setakat ini, takut membebankan pula kalau telampau banyak...atau juga mungkin tidak diambil peduli oleh menteri, kan tu memenatkan aku menulis berjela2...

kalau benarlah kita ikhlas untuk membangunkan modal insan walaupun mustahil,maka harapan ini adalah sumbangan dari aku yang di bawah dan rendah ini.


Nota Suara Aku berdoa kalau la ini dibaca oleh menteri( tapi mustahil lah) aku mau dapat kerja sebaik sahaja aku habis belajar...hehehehe!

Comments

Anonymous said…
kadang-kadang kita menulis apa yang kita rasa dan berharap agar ia sampai kepada menteri itu kerana nak benda ini sampai terlalu byk peringkat yang terpaksa dilalui

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!