Skip to main content

Tangani Stres dengan Bijak

Hari ni lambat balik bilik lagi. Semalam roomate ku pikir aku pg debat lagi...Itu mungkin rutin dan alasan paling mudah kalau aku nda balik bilik sehari-suntuk. Apa nda nya, selalunya bila dia balik bilik, dia akan jumpa aku sedang melayari mimpi, ataupun game....itulah kehidupan aku...paling tidak pun, dia akan jumpa aku di bilik tv(port fevret).

Sementara mau tunggu,mau pg kelas jam8 nanti, aku mengambil kesempatan di ofis ni buat entry. Aku sempat YM dengan activ8ions sejak sekian lama...rupa2nya dia dah dapat masuk MMU...dapat course multimedia pula tu....dapat mendalami dan menambahkan lagi ilmu dia....tahniah dan moga2 berjaya...patutlah dah lama nda nampak YM dia online....

Aku sempat baca buku Jangan Tidak-Tidak tulisan Dr.Tuah! dan aku dapat inspirasi sikit lah. dalam bab menangani stres, antara tips nya ialah....cuba baca novel. Untuk mengimbangi penggunaan otak kiri dan kanan kita lah...betul juga tu...

Buat juga kerja lain, jangan jadi macam robot yang jadualnya sama ja tiap2 hari....ada robot ka di Malaysia ni?(heheheh). Macam aku buat ni lah, daripada duduk bilik, tidur dan main game...baik lagi aku menyibuk dan menolong tempat praktikal aku ni, sebab ada program besar esok!jadi yang lain pun buatla kerja tambahan macam datang awal gi ofis dari biasa, atau aku cadangkan buatlah blog sekurang2 nya dapat kongsi pengalaman dan juga kawan....

oklah...Nota Suara Aku berhenti di sini...harapan aku kepada pekerja2 yg stres tu, cuba amalkan sikit2

Comments

Anonymous said…
Buat blog tu satu cadangan yg baik irman, boleh lepaskan stress juga, sekurang-kurangnya tak lah tersimpan sahaja dan memakan diri
Abah Mui'zz said…
Exactly Am. Abah pun rasa dengan mengepek2 kat blog dapat release juga stress. Sebab ada juga tempat kita curah apa yang ada dalam minda ni.

Kalau tak nak baca novel pun, abah rasa Dr Tuah patut suruh orang baca blog. Kan?

Sebab baca blog ni bagus juga, boleh tahu gaya pemikiran orang, dan boleh buat kita terhibur juga. Abah cakap je ni, abah sendiri pun liat ya amat nak lawat blog orang. Hmmmm...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!