Sudah lama aku tidak jenguk NSA...rasa rindu pula. Hari ni sudah terubat memandangkan kesibukan sudah berkurang sedikit2... Semalam aku pegi pwtc tengok 'book fair' antarabangsa. Banyak buku2 yang mau aku beli. Tapi dari segi tarikan, aku rasa jurang yang besar antara pengedar2 buku tempatan dengan antarabangsa ni. Promosi yg dibuat oleh pengedar tempatan langsung tidak menarik perhatian, sebab nya harga yang ditawarkan sama ja dengan yg dijual di kedai2 buku. Bezanya di sini, buku2 memang banyak la, dari yang cetakan tahun2006 sehingga lah terbitan tahun 1980-an. Lebih menyedihkan seolah2 'book fair' ni lebih kepada kempen penghabisan stok...yalah, boleh dilihat dari cara penjualan, contohnya buku terbitan dolu2 dijual dengan potongan harga 50% berbanding yg tahun 2006, masih seperti dalam cetakan harga... Berbanding dengan pengedar antarabangsa, potongan harga sehinga 50% tapi untuk buku2 atau majalah yang baru...aku tertarik dengan promosi majalah Newsweek, Forbes,...
Bercakap dgn nota lebih mudah didengar dan difaham.