Skip to main content

SUDOKU dan SPM

Kali ni aku dilanda sakit lagi....sakit yang bukan sikit2...tapi tahap ketagih....SUDOKU, mainan terbaru aku selepas pen'nyah'an ZUMA, tapi yang beza kali ini, mainan menguji logik berfikir. Moral daripada game ni, berfikiran strategik sebelum meletak nombor pada tempatnya...mula2 main tahap satu bintang...mudahnya....pastu cuba yang tahap 4 bintang....dua kali tu masih senang lagi lah....tapi yang satu lagi tahap 4 bintang ni, susah sangat pula....aku sampai ke saat post ni ditulis, masih belum dapat aku selesaikan......nda pa...pulang nanti cuba lagi...

Semalam juga keputusan SPM untuk tahun 2005 sudah diumumkan. Aku masih menunggu dengan penuh debaran keputusan bro aku.....tanya cikgu sekolah, tapi katanya nda sempat..biasalah tu kalau yang nda popular memang nda dapat perhatian, kecualilah kalau dia ni harapan sekolah, keputusan pun belas2 A...hahahahaha!tapi aku nda salahkan cikgu..memang cikgu sibuk kan!membantu pelajar2 mengisi borang UPU....macam aku dulu jugalah.....

Bercakap pasal ambil keputusan mesti akan timbul pertanyaan, kemanakah tujuan pelajar selepas ni? Ada yang keputusan baik akan meneruskan pelajaran di peringkat matriks atau mungkin juga masuk universiti terus....macam bidang undang-undang atau kejuruteraan mahupun cikgu.....ada juga yang ambil diploma!

Tapi yang mendapat result sederhana akan kembali ke alam persekolahan, tingkatan enam macam yang aku ambil dolu2 la. Yang nda mau tapi dengan keputusan cukup makan, akan cuba masuk kolej swasta pula....nda palah kalau banyak duit. Tidak kurang yang mau kemahiran pula didorong mengikut pilihan kawan2, akan masuk politeknik ataupun ILP....hmm.

Banyak juga pilihan pelajar2 zaman sekarang ni. Apapun, yang paling penting bekas2 pelajar ni tahu bagaimana bawa diri terutamanya bila berada ditempat orang. Mungkin inilah masa yang ditunggu2 oleh mereka sebab tidak tertakluk dengan budaya 'skema' baju seragam sekolah....Bagi aku lebih baik, kalau belum bersedia dengan persekitaran luar, ambil tingkatan enam lebih baik. Cuma perlu buang stereotaip yang mengatakan tingkatan enam ni 'low standard'...tidak sesuai dengan jiwa remaja la...ataupun tingkatan enam sebagai pilihan terakhir jika nda dapat tawaran ke mana2 IPT yang dipohon!

Nota Suara Aku mendoakan kejayaan bro farhan.....sebelum abis, aku mau memetik kenyataan Yazid Bhazan......

kegagalan itu satu penderhakaan,
cuma tidak semua sedar,
pabila lidah melentur dan melibas,
aku tidak akan menghampakan mereka,
aku akan belajar bersungguh-sungguh,
tapi semuanya hanyalah lakonan,
kerana mereka dibohongi,
dengan watak tikus.....
kegagalan itu satu pengkhianatan,
cuma tidak mau mengaku,
pabila menikam tidak terluka,
tidak cedera tapi menderita,
tidak mati tapi terseksa,
kerana hidup masih semut walaupun dipijak....
roomate Nota Suara Aku

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!