Skip to main content

Jack & Bobby

seperti yang dijanjikan....
Hari ni ubah sikit topik dari yang selalu didengar dalam blog2…tapi tak tahu lah sejauh mana tak kedengarannya, sebab entry dalam blog hanya dibaca dan ditulis….kalau pun di dengar mungkin apabila membaca entry dengan kuat untuk pemahaman akibat keupayaan penulis membawa pembaca ke alam maksud yang lebih dalam….kan?

Semalam aku tengok siri Jack & Bobby....siapa pernah tengok iklan dalam tv3 mesti tau siapa watak utama cerita ni...dikisahkan dari kisah benar.....tapi mungkin dengan penambahan supaya cerita nampak menarik....tapi apapun jangan difokuskan dengan fakta2 yang mungkin wujud...sebaliknya pengiktibaran yang diselitkan dalam siri ni amat penting.....

Semalam cerita bagaimana ibu Bobby dan Jack ni seorang yang athies...tidak beragama! Bukan lah sesuatu yang mustahil di negara banyak negeri ni....Prof McCalister memperlekeh tentang kepercayaan pelajar2 nya yang beragama...bukan sahaja Islam...sebab yang bertanya tu seorang Islam....bahkan semua yang menganut agama.....apabila ditegur cara pengajaran nya yang didapati ‘bias’ sebab dia tidak beragama...Prof McCalister ni menggunakan isu ‘pengajaran dalam kelas’ yang selalunya bersifat neutral dan tidak memihak kepada sesiapa pun.... dalam kelas semua isu boleh dibincangkan tanpa mengambil kira perasaan dan sensitiviti!...semua nya atas dasar P&P.

Tapi kepercayaan nya tercabar bila Bobby cuba mempelajari agama yahudi daripada kawannya... warren(kawan Bobby) menceritakan dia akan melalui proses yang aku fahami sebagai khatan(lupa nama)...di mana selepas ni, seorang bapa tidak akan menanggung lagi dosa anak2nya....seorang anak diajar dengan konsep dosa-pahala oleh bapanya di sokong ‘rabai’.....proses ni menjadi satu tradisi turun-temurun dari dulu lagi...

Satu yang utama di sini, mereka sangat-sangat-sangat menekankan tradisi yang menjadi akar kepada penyatuan diorang....semua peringkat mengambil peranan kerana ianya isu yang penting....tapi bagaimana pula dengan masyarakat kita hari ini? Tugas mendidik agama diserahkan bulat2 kepada golongan agama semata2....anak2 tidak diberitahu dan difahamkan tentang konsep tanggung dosa sendiri apabila mencapai baligh. Anak2 hanya mengetahui dengan cara tidak formal....tapi mereka tidak! Disinilah antara kelemahan kita sekarang...

Berbalik kepada cerita ni....bobby bertanya kepada rabai tentang persoalan tanggung dosa ni...soalan yang tidak mungkin ditanya budak sebaya Bobby:-

“semalam saya dengar rabai kata kepada seorang budak, selepas ni ayah tidak akan menanggung dosa yang dibuat oleh anak lagi selepas melalui proses ini....ayah saya seorang katolik, ibu saya tidak ada agama...saya lahir sebagai katolik...tapi saya tidak mempunyai ayah....siapa yang akan tanggung dosa saya?”

Kisah ini menyingkap persoalan seorang yang sedang mengeksplorasi perjalanan mencari agama.....kebenaran....dan kepercayaan....yang sebelum ini tidak pernah diketahuinya dari seorang ayah dan ibu.....walaupun aku tersinggung dengan setengah2 jalan cerita ni....
Dengan ibu yang tidak mempercayai agama, kehidupan Bobby mengundang kemarahan ibunya yang selama ini mempersenda tentang agama....dia percaya bahawa apabila mempunyai agama, seorang itu tidak bebas dan terikat dengan peraturan agama....itulah serba sedikit jalan cerita seorang presiden Amerika Bobby McCalister....akhirnya seorang ibu akur, demi anak yang disayangi...membawa Bobby utk kali pertamanya ke gereja utk melihat budaya, tapi bukan kerana kewajipan agama....

Pertikaian mereka yang tidak faham agama ni, aku dapat rumuskan seperti berikut:
1. agama ni seperti penjara yang menyekat kebebasan tanpa mengetahui hikmah disebalik sekatan2.
2. agama seperti sebuah warisan yang kolot.
3. dalam pembelajaran dan pengajaran(P&P), semua perkara bersifat neutral, tidak ada frasa ‘perasaan’ dan ‘sensitiviti’ dalam kamus hidup mereka.


sebab tu tak mustahil keadaan orang yang mempersenda agama....agama orang lain bole utk dipersenda tapi tidak untuk agama Yahudi...tu lah prinsip diorang .....

Nota Suara Aku membebel dengan isu yang mencapah dan bertabur tidak tersusun, sebab aku takut tercicir....nota ni terakam mengikut rakaman perjalanan imaginasi. Tapi semoga dapat aku berkongsi sedikit hidangan untuk santapan....jemput makan!

Comments

Amin Ahmad said…
Aku tengok juga..best!
abiumar said…
assalamualaiukum.........

Memang asal sandakan ke ? Saya pernah bertugas disandakan 2000 - 2005.

Salam perkenalan

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!