Skip to main content

BOOK FAIR di PWTC

Sudah lama aku tidak jenguk NSA...rasa rindu pula. Hari ni sudah terubat memandangkan kesibukan sudah berkurang sedikit2...

Semalam aku pegi pwtc tengok 'book fair' antarabangsa. Banyak buku2 yang mau aku beli. Tapi dari segi tarikan, aku rasa jurang yang besar antara pengedar2 buku tempatan dengan antarabangsa ni. Promosi yg dibuat oleh pengedar tempatan langsung tidak menarik perhatian, sebab nya harga yang ditawarkan sama ja dengan yg dijual di kedai2 buku. Bezanya di sini, buku2 memang banyak la, dari yang cetakan tahun2006 sehingga lah terbitan tahun 1980-an. Lebih menyedihkan seolah2 'book fair' ni lebih kepada kempen penghabisan stok...yalah, boleh dilihat dari cara penjualan, contohnya buku terbitan dolu2 dijual dengan potongan harga 50% berbanding yg tahun 2006, masih seperti dalam cetakan harga...


Berbanding dengan pengedar antarabangsa, potongan harga sehinga 50% tapi untuk buku2 atau majalah yang baru...aku tertarik dengan promosi majalah Newsweek, Forbes, TIMES dan juga Readers Digest....sehinggakan aku kalau ada duit semalam juga aku langgan....Newsweek harga biasa RM8 satu...maka kalau 56keluaran setahun, harganya mencecah RM500. tapi promosi yg diberikan, hanya rm108 untuk setahun...bukan kah ni cara mereka menggunakan kelebihan 'book fair' untuk tarik pembeli...termasuk aku! Walaupun aku tidak pandai bahasa Inggeris, tapi sekadar faham isu2 dunia tu, aku boleh berbangga lah kalau ada majalah macam ni.

Aku juga sempat berjumpa dengan penulis novel Naas dot dot dot dengan 5novel pasal romeo vs juliet. Mcam2 yang aku tanya, tapi kesian pula sebab tidak beli pun...dalam perancangan memang mau beli, tapi tengok bajet dulu la....

Tapi gelagat 'promoter' mencuit perasaan aku...terutama 'promoter' Linguaphone yang KURANG AJAR dalam menarik pelanggan. Kekasaran bahasa dan kekurangan adab pada mereka ni meletakkan mereka jauh dari adat2 ketimuran Malaysia....

Nota Suara Aku bersedia untuk membelanjakan rm200 untuk membeli buku2 di pwtc esok! Jumpa di sana...

Comments

hijauoren said…
irman rahaban cam nama yg familiar.. ade kat kpz upm dlm duration 2001 sampai 2004 tak?

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!