Skip to main content

Keranda 154

Kita mengaku Melayu, beradat sendi Melayu, nenek-moyang kita Melayu, berbaju kurung, bersongkok sampin, mengarak bunga manggar, mengalun kompang, bertanjak keris, berpijak di tanah Melayu yang menjadi kebanggaan sebahagian rakyat Malaysia, tapi sayang kita kemelayuan luntur mungkin kerana .......

Aku tetap Melayu,walau pakai seluar pendek, nampak bahu di atas!

Kita mengaku bahasa Melayu itu bahasa kita, mak bapa nenek datuk moyang dan keturunan kita berbahasa Melayu dalam kehidupan, pantun gurindam menjadi nasihat yang pantang sekali ditentang, apa lagi menarik muka masam, anak cucu cicit pula kurang berbahasa Melayu, diajar tidak disuruh tak mahu.....s*it, da*n, f**k o*f biasa lah, berbudi lah tu, bukannya meninggikan suara pun....

Zaman dah berubah, kenalah berubah juga.....

Kita marah ada pihak tidak buat kerja, iklan rojak terpampang besar2, menghiasi papan tanda kedai SEAFOOD BAHAGIA, KEDAI STASIONARI HASSAN, SUPERMARKET MONA, baju2 pekerja buruh apatah lagi, BERSIH BEKAL SERVICE, RESTAURANT BRAZIL, CLEAN SUNGGUH SDN BHD.......tak kisah janji mesej sampai orang faham.....

you ni tak educated lah, so apa kata, kita chat di coffee house? Mesti banyak story kan!

Berdegar-degar mulut utamakan bahasa kebangsaan kita,lagu2 asli guna bahasa Melayu klasik, pantun gurindam dan puisi pun Melayu juga, cukuplah perasmian Budi Bahasa dalam bahasa Melayu, pendidikan Islam dalam bahasa Melayu, surat khabar melayu dalam bahasa Melayu, orang kampung pun masih guna bahasa Melayu....

Alah takkan Melayu hilang di dunia.....

Kalau belajar guna pengantar bahasa Melayu susah, pelajar sekarang orang siber, menuntut ilmu sains mesti guna inggeris sebab murid2 tidak faham, terpesong makna malu kita kalau orang luar dengar salah cakap, kira nombor susah ingat, sebutan panjang....tapi inggeris sebutan ringkas ....senang hafal....barulah negara maju...boleh bersaing dengan masyarakat luar.....kita juga yang bangga....padahal Peranchis dan Jepun ada juga pencakar langit, Jerman dan China semakin disegani, Thai dan Korea maju juga bukan dengan Inggeris.....kementerian tak percaya, kata silibus betul, orang yang salah sebab tak pandai2 juga, 2007 guna inggeris di universiti...2009 guna inggeris di sekolah.....2011 ajar bahasa Melayu dalam inggeris.....2020 kita maju dan hoooraaayyyyy

Kita ingin kembali ke zaman British dolu2......

Penulis tak berminat buat buku,ganjaran tak berbaloi dengan usaha, tak laku tak siapa nak beli, bahan bacaan berat kononnya, mahal pula tu, kalau hiburan boleh hilang kan masalah, penerbit pun takut rugi, buat niaga untuk untung bukan kebajikan dan tanggungjawab sosial, penulis dan penerbit pun berkomplot, tak dapat sambutan kedai buku pun tak hingin! tuding jari dengan pengguna, alasan pembaca buku tiada kualiti, jawab penulis-penerbit pembaca malas, alasan pembaca susah nak faham sebab Melayu (tak ada kelas), hujah penulis-penerbit pembaca fikiran sempit.....

diluah mati emak, ditelan mati bapa....menang jadi abu, kalah jadi arang!

Usaha sekerat-sekerat macam di kedai kopi minum separuh, semangat sehangat tahi ayam, tak sampai petang sudah sejuk, ada badan malu menunjuk, ada kuasa segan bertindak, ada akta sekadar sejarah untuk cucu-cicit, konon usaha bersungguh mengekalkan bahasa, padahal melepas batok tepi tangga, supaya kemudian hari tidak ditanya, siapa punya angkara bahasa hilang......rupanya keranda 154 tu disediakan untuk abad ini....

Innalillah......al-fatihah!

Nota Suara Aku mungkin tidak layak untuk bersuara, kerana aku bukan bangsa Melayu yang asli( aku berbangsa Suluk), menuntut hak yang semakin dipinggirkan oleh tuan punya milik.... keranda dan pusara ini bukti dulu kita ada bahasa!

Comments

Anonymous said…
Irman, secara peribadi bagi Am, melayu makin hilang rentak, cuba menindas tapi sebenarnya teruk tertindas, cuba mengengam penumbuk tapi menumbuk kelangit, semakin takut bersuara untuk bangsa tapi berani bersuara untuk diri sendiri.

Seri melayu makin hilang kerana dianggap ketinggalan, seri bangsa lain diagungkan kerana membawa kemodenan

Tak tahu nak merayu pada siapa bila melayu sendiri tak suka digelar melayu
abiumar said…
salam perkenalan.......

Ham kat mana sandakan ??? dulu pernah duk sandakan 2000 - 2005..

Bekas pelajar sekolah mana yer ????

Terima kasih
YuN said…
Ntah mengapa...aku memang suka rumah irman. Sebab tak pernah pergi rumah atas air kut. Gayat satu macam jer. Famili man ni..tersangat ler baik. Man...aku suka giler masakan udang harimau mak ko. The best in the world!!!

Bila nak balik kampung man?

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!