Skip to main content

HARI INI DAN SEMALAM episod 2

Hari ni aku mau ucap tahniah kepada dua orang yang rapat dengan aku. pertama, iskandar sebab berjaya buat blog setelah sekian lama aku cadangkan sama dia....cantik juga....kepada blogger lawatilah blog kawan aku ni....
kedua aku mau ucap selamat hari lahir tahun yg ke-27 kepada kakak aku yang nombor 2...semalam aku hantar sms pukul 12.30 macam tu lepas baca Yaasin di floor....
Tapi bercerita tentang sambutan majlis hari lahir ni, kenapa kita ucap selamat kepada orang yang menyambutnya...pernahkah kita ucapkan terima kasih kepada mak yang bertarung nyawa melahirkan kita?mungkin kita terlepas pandang dengan insan yang paling penting ini.

semalam aku pigi sri pentas, ujibakat jadi moderator program terbitan channel9, mana tau selepas terpilih jadi moderator ni, kerja di channel9 terbitkan program NOTA SUARA AKU versi tv pula kan....hahahha...tapi pengalaman tu bukan semata-mata ujibakat tu...tapi yg lebih penting...aku SESAT dalam perjalanan balik UPM! sedihnya...sudahlah minyak harga pun seliter rm2, sesat bukan dekat2 tu...sampai Klang...masuk pula USJ....masuk lagi Sunway Pyramid......entah mcam mana sampai pula tol entah apa nama....masuk pusat bandar lagi....kuchai lama....dekat 2jam jugalah kesesatan yang menimpa aku dan penumpang2 aku ni....kos ujibakat sama dengan rm30....mak......aku mau pulang!

sampai kolej, aku terus mendaratkan pembaringan di katil(tempat paling ku sukai).....dari 5.30petang-7.30....nasib baik malam tu ada perjumpaan makan dengan ex-mpp di kajang....kalau bukan pasal satay percuma ni, nda hingin aku mau bangun....paling seronok, aku makan sorang satu piring 30 cucuk satay....tapi bukan semua aku abiskan....sebab aku nda suka satay ayam....jadi 15 cucuk ja lah...tu pun kira banyak la tu...sebab yg lain kongsi 30 cucuk utk empat orang....
amin kesian nya nda dapat ikutserta sebab ada kerja di luar upm.....hahahahahah, nda apa, amin aku tolong makan untuk kau!

aku mendaratkan lagi pembaringan aku untuk sambung tidur....solat subuh....aku sambung lagi tidur sampai kul11 pagi....nasib baik malu dengan roomate, kalau nda mungkin sampai kul1 baru bangun balik.....

Nota Suara Aku menghempas segala kecelaruan di kepala sehingga membawa kepada kepeningan kepala+selsema secara tiba2+kesibukan projek dan acara hujung minggu! Selamat berhujung minggu!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!