Skip to main content

Parti mahasiswa

Bila tiba hujung semester, kesibukan mahasiswa tertumpu mencari hotel2 kelas bintang, tahi bintang pun jadilah janji hotel ada bintang juga namanya, akan berduyun2 lah kumpulan mahasiswa, menuju hotel2 3,4,5 bintang, walaupun kemampuan wang memustahilkan mahasiswa makan di tempat sebegini, tapi atas nama bukan selalu dapat berkumpul, sekali seumur hidup jer, yang untung hotel2 3,4,5 bintang juga, makin berkerdip lah bintang...

Bila tiba hujung semester, mahasiswa akan meraikan kejayaan menamatkan pengajian di universiti, tiga tahun bukan masa yang singkat, bukan calang-calang orang dapat tamatkan pelajaran dalam tempoh ini, tapi tak tahu apa definisi kejayaan itu, berapa kau dapat dan aku dapat itu tidak penting, orang akan kata graduan juga, kelas berapa orang kampung tak tanya, bertambah lagi lah graduan Malaysia....

Bila tiba hujung semester, tema pakaian mestilah urban, kontemporari yang penting, takut orang kata ditakuk lama, ketinggalan zaman, yang lelaki beli baju sekali-sekala yang ratus2 tak apa, yang perempuan terdedah sikit pun kira ok apa, bukan selalu pakai, kalau orang marah bagitau dosa sendiri2, baju kebaya boleh pakai majlis2 kawin, pakaian tradisional boleh pakai masa majlis khatan dan doa selamat.......

Bila tiba hujung semester, macam2 tempat difikirkan untuk bergumbira, kalau duit itu menjadi keutamaan, terpaksa lah buat yang murah2 jer, tapi tetap meletup juga, kalau bakar2 ikan atau panggang ayam tu mesti banyak2, tak boleh abis bagi roomate atau jiran sebelah, tempat mesti istimewa yang tak pernah dibuat orang, tepi pantai ka, padang kawat pun boleh, belakang fakulti pun boleh juga, tapi kalau dapat di atas bangunan pencakar langit lagi gempak......boleh masuk guinness book of record....ulang: guinness!

Parti mahasiswa ni adat fasa pertama meraikan kejayaan sebelum bergraduat, tidak jadi masalah bergembira, tapi biar adat jadi kepala, hukum-hakam jadi syarat dan peraturan, Islam tak larang tapi biar berbatas, supaya hidup berkat, ilmu dimanfaat, bukan sekadar ijazah dapat......

Nota Suara Aku membuat perkiraan untuk menghadapi gelombang kedatangan musim parti mahasiswa ni.....persatuan anak negeri + kolej kediaman + persatuan fakulti + kelab persatuan = tak kurang dari 200 ringgit juga ni.....boleh habis dalam empat malam sahaja, sedangkan ni bajet makan untuk 20 hari.....atau 40 hari.......turunkan lah hujan duit di universiti ini.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!