Skip to main content

MEREKA PERLU PERHATIAN

Malam hari, diisi dengan menonton tv khasnya hari Rabu aku akan jadikan Jack & Bobby sebagai rutin setiap hari Rabu, sekurang-kurangnya aku nda mengakhiri hari ku dengan kehidupan yang setara sahaja! seperti biasa kisah kali ni, berkisar dengan Bobby McCalister dikatakan sebagai lelaki yang yakin....tidak takut dengan sebarang cabaran atau yang lebih tepat lagi dengan ugutan orang yang dirasakannya mengalami tekanan sehingga menjadi begitu..

Kita imbas memori kita andainya pernah mendengar tentang golongan yang tidak mendapat kasih-sayang yang sepatutnya dari ibu bapa. Kalau mendapat perhatian dari ibu bapa pun, perhatian yang diberikan sehingga menyekat kebebasan yang sepatutnya diperolehi oleh anak-anak.pastinya perhatian yang diberikan oleh ibu bapa mesti seimbang, tidak boleh kurang dan juga tidak boleh lebih.

Ada yang tidak mendapat perhatian kerana beberapa sebab, antaranya ibu bapa sibuk dengan urusan kerja sehingga terlupa akan tanggungjawab yang akan menentukan masa depan anak-anak. Ibu bapa yang tidak sefahaman seterusnya tidak pandai untuk menyembunyikan pertikaian yang wujud dengan bergaduh di depan anak-anak. Contohnya dalam drama Seed of Hope (6ptg, tv3). Sogokan dengan kebendaan, antara kesilapan ibubapa zaman sekarang, dengan stigma pemikiran mereka berlegar menyatakan bahawa anak-anak akan suka dan senang dengan sogokan harta benda, tidak perlu mereka meluangkan masa bersama anak-anak. Pergi kerja pagi balik petang, sibuk dengan kerja yang dibawa ke rumah, sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan hendak bernafas pun semput!

Tapi dengan memberi terlebih perhatian juga mengundang perkara yang sama. Perhatian yang lebih ini selalunya berkaitan dengan norma-norma yang perlu diikuti oleh anak-anak yang dicipta oleh ibu bapa dengan harapan bahawa inilah cara terbaik untuk mendidik. Tidak membenarkan anak untuk berfikir baik buruk sesuatu perkara, terlalu menginginkan kesempurnaan, tidak membenarkan anak bernafas pula. Dari sekecil-kecil perkara seperti berjalan, bercakap, makan, tidur sehinggalah kepada perkara makro seperti pergaulan (digalakkan ibubapa mengetahui dengan siapa anak berkawan, tapi bukan dengan persepsi serong), menghukum kesalahan yang tidak disengajakan, dalam erti kata mudah menyekat dan menghadkan kehidupan anak tanpa rasional yang difahamkan kepada anak-anak.

Sebab-sebab ini lah yang tidak kelihatan atau terlepas pandang oleh ibubapa, masyarakat dan juga kerajaan sehingga apabila berlaku kejadian yang mengancam keadilan sosial, tidak dicari puncanya sebaliknya menyediakan mekanisme pertahanan seperti hukuman yang lebih berat, melakukan kekerapan rondaan dan lebih memalukan dan menjelikkan apabila berlaku kes seperti rogol dan bunuh ataupun kecurian yang salah mangsa...mangsa....mangsa.....dan mangsa konon nya tidak berhati-hati dan berpakaian seksi sedangkan bertudung pula tu(mungkin muka cantik tu seksi kot ataupun bertudung tu seksi).

Anak-anak tidak akan melayari web lucah dan celaka walaupun sudah terhidang dihadapan mereka alamat web kalau perhatian yang diberikan ibu bapa SEIMBANG...tapi senario sekatlah laman web lucah di rumah, ibu bapa terlupa kedai perkhidmatan internet ada di mana-mana, anak-anak akan pasti mencarinya....jangan takut! Sedangkan kalau dicorakkan kain tu dengan warna yang menyejukkan mata, dengan warna yang teratur dan cantik.....perogol tidak akan menjadi perogol, pencuri tidak akan menjadi pencuri, pembunuh mustahil menjadi pembunuh.....

Nota Suara Aku amat membenci dengan setulus hati, kita mengutuk si pembunuh, pencuri dan pesalah-pesalah yang ada tanpa sedikit pun rasa belas ihsan yang menjadi tunjang kepada kehidupan harmoni. Gejala sosial bukan penyakit biasa dalam sebuah negara yang ingin maju seperti negara kita, tapi inilah yang kita pinta.....tidak pernah kita cuba untuk menutup lubang yang ada dalam diri masyarakat sendiri.

dihukum dengan kesalahan yang dicipta bukan oleh mereka,
mengubat kecacatan yang bukan pada tempatnya,
membelai belakang yang sepatutnya menerima tamparan!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!