Skip to main content

MINYAK NAIK, ANGIN PUN NAIK

Hari ni sepatutnya ada entry yang aku tulis semalam...tapi lupa mau bawa pg cc utk di masukkan....entry tu aku masukkan esok ja...tapi ada kaitan dengan rancangan tv semalam...Jack & Bobby....

Tapi tu tidak menghalang aku untuk tulis entry yang panas dua tiga hari ni...minyak naik...macam2 respon yang dapat kita baca...tapi kebanyakan respon menunjukkan ketidaksetujuan mereka tentang kenaikan harga minyak ni....seperti biasa orang atasan akan jadi hero dengan menenangkan rakyat dan masyarakat...rasional kenaikan harga minyak. dan seperti biasalah, kenyataan ni sama seperti kenyataan yang dolu2 juga.....
"minyak dunia naik, kita tak sanggup tanggung subsidi banyak2..."
"harga kita masih terendah berbanding negara2 lain...."
"subsidi ni sepatutnya tak perlu diberikan kepada rakyat lagi, tapi beruntung lah sebab kita masih bagi subsidi" (ni baru aku dengar)

reaksi masyarakat memang pantas dalam hal2 yang melibatkan sosial mereka...contohnya, beratur beli minyak untuk terakhir kalinya dalam harga yang murah....
peniaga pun bertindak agresif dan cepat dengan menaikkan harga barangan runcit dengan alasan harga minyak naik....
orang atasan tak perlu pening kepala, sebab masalah kecik jer pun...sekejap lagi baiklah tu...seperti asal...

seperti biasa isu ni telah menenggelamkan isu karikatur menghina Nabi..... kita mungkin terlupa
angin kita ni sekejap jer naik....macam najis ayam lah...

Nota Suara Aku hari ni cakap2 kosong jer....lepas ni nak jual minyak angin lah.....sebab minyak naik jer, angin kita pun naik juga...kalau jual minyak angin, maksudnya kenaikan dua kali ganda lah....ahaks! Aku Kaya....

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!