Skip to main content

Baliklah ke kampung

Semalam aku pigi Malam Gemilang Kinabalu pesta makan malam yang pertama aku hadiri. Dengan tema 'glamourous' aku terseksa apa yang mau dipakai memandangkan aku bukan seorang yang suka berfesyen dan nda pandai menggayakan sebarang fesyen....ambil masa selama satu jam, apa yang mau dipakai, try baju kemeja dgn seluar slack krim, tak sesuai, kemeja biru dengan jeans, kurang sesuai, pastu kemeja petak2 dengan jeans, ok sikit, baju petak2 dgn slack, lagi sesuai, tambah baju lapis putih di dalam, sesuai sikit....aku masih keliru mau pakai sebab nda yakin ja akan kesesuaiannya....sampailah ada sorang kawan datang bagi cadangan sebab dia ni stylo jugalah...tau berfesyen....dia bagi cadangan begini2 dan akhirnya aku ambil keputusan ikut nasihatnya....aku pakai baju putih corak bunga(wow nda pernah aku pakai baju bunga....yakkk...geli)padankan dengan jeans biru dan dilapis dengan blazer hitam....ditambah dengan aksesori tambahan spek itam besar tahun 80-an mungkin.....hahahahah

lepas puas hati, aku mandi untuk membuat persediaan.....timbul lagi masalah, macam mana gaya rambut pula....alamak! bukan perempuan ja yang ada masalah dengan rambut, tapi aku pun sama....macam2 gaya aku try buat...pertama aku buat gaya ketepikan rambut.....nda sesuai pula...nampak macam skema...aduihhhh budusss!...ambil fesyen belah tengah macam kadang2 aku buat, nampak macam sekolah rendah pula.....gampang bangat!....akhirnya aku buat fesyen artis Jepun/ Korea, jatuhkan rambut ke depan......huyooo..mantap(syok sendiri ni)....tapi sesuai lah aku rasa.....aku rasa sudah ngam, aku naik motor pigi kpz tunggu kereta yang bawa ke sana...nda kan lah naik bas yang disediakan...ish2....jatuh standard pakai smart2.....ahaks!tapi rasa malu timbul lagi....aku cover pula rambut dengan topi....aik.....macam sesuai yang amat pula......apalagi...teruskan dengan pakai topi......

masalah terakhir pasal fesyen ni ialah.....kasut!...cis....ingatkan sudah abis.....sebab aku sudah pakai topi aku ambil keputusan dengan gaya ruffedge.....cap...spek itam....kemeja....blazer....jeans biru.....kasut gravis aku.....tema hiphop.....ya!ni baru lah glamor....biasalah selebriti terkenal kan!

sekarang cerita kandungan majlis....apa yang menarik yalah, ucapan penasihat persatuan siswa Sabah....Pak Shaikh digelar.....mulanya mau bagitau, dia ni orang Kelantan....pelik juga jadi penasihat siswa Sabah kan...tapi yang aku tabik dengan dia ni.....dia setia sebagai penasihat selama 12 tahun! tempoh yang lama dan patut dihormati sebab begitu prihatin dengan siswa Sabah...siap boleh tau statistik siswa Sabah yang ada di UPM ni....2000 orang tapi yang jadi ahli cuma 500 orang ......itupun bukan semua yang aktif!balik kepada ucapan Pak Sheikh ni, aku dapat rumuskan katanya....

"kepada yang akan bergraduat ni, selepas 4-5 tahun di UPM, sudah sampai masanya untuk anda memberikan sumbangan kepada negara....sebenarnya belum lagi bermula sumbangan anda, sebab di universiti ni hanyalah sebagai persiapan dan persediaan bagaimana anda akan menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah dan Malaysia khususnya. Di universiti anda berusaha untuk mendapatkan segala yang diperlukan bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup.maka, selepas ni, Baliklah ke kampung...taburlah bakti anda di sana!"

atas ucapan inilah, aku jadikan tajuk untuk post hari ni....satu yang aku dapat fikirkan ialah, bagaimana dapat aku memberi sumbangan kepada kampung halama dan negara?aku fikir ada cara yang akan memberi keuntungan bukan ja untuk aku tapi juga negara. Kalau aku dapat membuka satu ladang menternak lembu untuk pasaran daging lembu dan susu tempatan. Perdana Menteri suruh kita kembali kepada pertanian, tapi berapa ramai yang sahut cabaran ini. Tapi masalah paling utama ialah, modal! dan keduanya komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjayakan perkara ini.itu antara kelemahan yang aku kenalpasti yang ada dalam diri aku.....

Nota Suara Aku bercita-cita untuk masuk carta manusia terkaya di Malaysia...dari pemerhatian aku, dalam 40orang terkaya yang dikeluarkan baru-baru ini, paling muda yang ada dalam senarai ini berumur 40tahun.....hanya ada sorang wanita.....dlm kedudukan 12 teratas, hanya ada sorang Melayu (Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary), berbanding sembilan orang Cina dan dua lagi T.Ananda Krishnan & Datuk Tony Fernandes......

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!