Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2006

BOOK FAIR di PWTC

Sudah lama aku tidak jenguk NSA...rasa rindu pula. Hari ni sudah terubat memandangkan kesibukan sudah berkurang sedikit2... Semalam aku pegi pwtc tengok 'book fair' antarabangsa. Banyak buku2 yang mau aku beli. Tapi dari segi tarikan, aku rasa jurang yang besar antara pengedar2 buku tempatan dengan antarabangsa ni. Promosi yg dibuat oleh pengedar tempatan langsung tidak menarik perhatian, sebab nya harga yang ditawarkan sama ja dengan yg dijual di kedai2 buku. Bezanya di sini, buku2 memang banyak la, dari yang cetakan tahun2006 sehingga lah terbitan tahun 1980-an. Lebih menyedihkan seolah2 'book fair' ni lebih kepada kempen penghabisan stok...yalah, boleh dilihat dari cara penjualan, contohnya buku terbitan dolu2 dijual dengan potongan harga 50% berbanding yg tahun 2006, masih seperti dalam cetakan harga... Berbanding dengan pengedar antarabangsa, potongan harga sehinga 50% tapi untuk buku2 atau majalah yang baru...aku tertarik dengan promosi majalah Newsweek, Forbes,

TANPA ISU

Chelsea menang juga...selepas kekalahan demi kekalahan, akhirnya dapat juga menang semula...1-0 jaringan yang kecil, tapi yang penting menang ke atas Newcastle semalam adalah berita baik...John Terry memang terer....kepada anti- Chelsea tu jangan melalut k! Jangan dicemburui kemenangan yang memang menjadi milik Chelsea ... NSA dalam keluaran yang baru ni, masih tidak mengeluarkan pendapat terhadap isu-isu yang ada di Malaysia sekarang. Mungkin sebab tidak membaca akhbar, mendengar radio dan tidak menonton tv. Jadi tiada isu yang dapat aku komen...kecuali berita sukan dari Melbourne dan juga pasal American Idol musim ni...petang nanti dapat result siapa terkeluar...ramalan aku Ace Young akan balik...babaiii Sepatutnya aku akan bercerita Jack & Bobby episod semalam, tapi sebab ada latihan debat sampai pukul12...jadi aku tercicir cerita semalam.....hua...hua..hua.. Nota Suara Aku dimasuki virus!..tapi bukan akulah, tapi komputer aku.tiba2 semalam balik dari latihan debat baru peras

KESIBUKAN DEBAT ASTAR06

Baru ada kesempatan mau kemaskini blog NSA ni. Dalam minggu ni,aku sibuk dengan persiapan Kelab Debat untuk Debat Terbuka anjuran UM hujung minggu. Memandangkan semakin dekat, aku terpaksa susun jadual latihan yang ketat. Maka secara tidak langsung, dapat membina disiplin yang cukup tinggi untuk aku. Disiplin ini meliputi komitmen tentang pengurusan dalaman kelab, berhubung dengan pegawai dan juga mengawal pendebat-pendebat. Berkaitan dengan tajuk pula, aku terpaksa menyuruh pendebat mencari maklumat yang tepat dan terperinci memandangkan Kalui tidak boleh turut serta. Ditambah dengan pendebat yang masih baru, mereka ni akan berhadapan dengan pendebat-pendebat mahir dari universiti yang bertanding. Nota Suara Aku tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada pendebat universiti. Tapi sasaran yang aku letakkan kepada diorang ni, menjejakkan kaki ke peringkat suku akhir. Ada dua pasukan yang dihantar, jadi salah satu pasukan mesti sampai peringkat ini. Biarlah usaha itu mendatangkan hasil

JADUAL NOTA SUARA AKU

Aku rasa dalam minggu ada yang nda kena ja..selalunya aku ada idea untuk menulis sesuatu dlam NSA ni. tapi minggu ni aku rasa semua nota yang aku tulis macam sampah ja....tapi lebih baik aku catatkan perjalanan aku setiap hari untuk simpanan hari esok... Bangun subuh.....buka tingkap, supaya rezeki masuk....baca Quran surah al-waqiah.....kadang2 luqman, sajadah ataupun jum'ah...buka komputer....dengar lagu2 slow...klu sekarang ni dengar lagu Clay Aiken ataupun Kelly Clarkson.....kalau mengantuk.....tidur balik sebab tiada kelas pagi... Bangun mungkin kul10 atau 11...tapi bukan kul12....buka komputer balik, tengok videoklip Blackeyedpeas pula....sambil menghafal....mandi....keluar untuk sedia pg kuliah kul2....makan lepas kuliah....kelas lagi kul4....kul5 pg cc kemaskini blog aku pula..... Malam.....selalunya klu aku nda pg cc, aku balik kolej kul5 utk tidur.....kan ni hobi utama aku....sebelum tidur, aku kena pastikan jadual untuk malam...sebab malam adalah hari untuk aku luangkan

PERSONA NON GRATA

Hari ni nda tau mau tulis apa dalam Nota Suara Aku. mula2 mau tulis pasal cara mengatasi marah. Pastu mau tulis pasal kenyataan Menteri Pelajaran pasal tudung tidak diwajibkan di sekolah. Dalam tulis2 ingat pula pasal program yang mau dibuat 1 dan 2 April ni. Program ni anjuran pelajar sarjana komunikasi....digabungkan dengan program pelajar bacelor...kami buat program 'banner panjang' sebagai kad ucapan untuk UPM sempena ulang tahun UPM yang ke 75 tahun!....maka untuk menarik orang supaya datang ke majlis tandatangan banner ni, kami dipaksa bergabung dengan pelajar sarjana. Persona Non Grata ialah program yang dianjurkan diorang ni. Ni macam nama filem kan! hakikatnya memang nama filem pun....diorang buat program tayangan amal untuk kutip sumbangan pembinaan menara jam UPM yang akan dibuat nanti. Apa yang menarik pasal tayangan ni berbanding di pawagam, majlis ni ada artis yang datang, Erra dan Hans Isaac, hah bukan calang-calang artis yang datang....kedua harga tiket pun mura

SUDOKU dan SPM

Kali ni aku dilanda sakit lagi....sakit yang bukan sikit2...tapi tahap ketagih....SUDOKU, mainan terbaru aku selepas pen'nyah'an ZUMA, tapi yang beza kali ini, mainan menguji logik berfikir. Moral daripada game ni, berfikiran strategik sebelum meletak nombor pada tempatnya...mula2 main tahap satu bintang...mudahnya....pastu cuba yang tahap 4 bintang....dua kali tu masih senang lagi lah....tapi yang satu lagi tahap 4 bintang ni, susah sangat pula....aku sampai ke saat post ni ditulis, masih belum dapat aku selesaikan......nda pa...pulang nanti cuba lagi... Semalam juga keputusan SPM untuk tahun 2005 sudah diumumkan. Aku masih menunggu dengan penuh debaran keputusan bro aku.....tanya cikgu sekolah, tapi katanya nda sempat..biasalah tu kalau yang nda popular memang nda dapat perhatian, kecualilah kalau dia ni harapan sekolah, keputusan pun belas2 A...hahahahaha!tapi aku nda salahkan cikgu..memang cikgu sibuk kan!membantu pelajar2 mengisi borang UPU....macam aku dulu jugalah..... B

Baliklah ke kampung

Semalam aku pigi Malam Gemilang Kinabalu pesta makan malam yang pertama aku hadiri. Dengan tema 'glamourous' aku terseksa apa yang mau dipakai memandangkan aku bukan seorang yang suka berfesyen dan nda pandai menggayakan sebarang fesyen....ambil masa selama satu jam, apa yang mau dipakai, try baju kemeja dgn seluar slack krim, tak sesuai, kemeja biru dengan jeans, kurang sesuai, pastu kemeja petak2 dengan jeans, ok sikit, baju petak2 dgn slack, lagi sesuai, tambah baju lapis putih di dalam, sesuai sikit....aku masih keliru mau pakai sebab nda yakin ja akan kesesuaiannya....sampailah ada sorang kawan datang bagi cadangan sebab dia ni stylo jugalah...tau berfesyen....dia bagi cadangan begini2 dan akhirnya aku ambil keputusan ikut nasihatnya....aku pakai baju putih corak bunga(wow nda pernah aku pakai baju bunga....yakkk...geli)padankan dengan jeans biru dan dilapis dengan blazer hitam....ditambah dengan aksesori tambahan spek itam besar tahun 80-an mungkin.....hahahahah lepas pua

MEREKA PERLU PERHATIAN

Malam hari, diisi dengan menonton tv khasnya hari Rabu aku akan jadikan Jack & Bobby sebagai rutin setiap hari Rabu, sekurang-kurangnya aku nda mengakhiri hari ku dengan kehidupan yang setara sahaja! seperti biasa kisah kali ni, berkisar dengan Bobby McCalister dikatakan sebagai lelaki yang yakin....tidak takut dengan sebarang cabaran atau yang lebih tepat lagi dengan ugutan orang yang dirasakannya mengalami tekanan sehingga menjadi begitu.. Kita imbas memori kita andainya pernah mendengar tentang golongan yang tidak mendapat kasih-sayang yang sepatutnya dari ibu bapa. Kalau mendapat perhatian dari ibu bapa pun, perhatian yang diberikan sehingga menyekat kebebasan yang sepatutnya diperolehi oleh anak-anak.pastinya perhatian yang diberikan oleh ibu bapa mesti seimbang, tidak boleh kurang dan juga tidak boleh lebih. Ada yang tidak mendapat perhatian kerana beberapa sebab, antaranya ibu bapa sibuk dengan urusan kerja sehingga terlupa akan tanggungjawab yang akan menentukan masa depan

HARI INI DAN SEMALAM episod 2

Hari ni aku mau ucap tahniah kepada dua orang yang rapat dengan aku. pertama, iskandar sebab berjaya buat blog setelah sekian lama aku cadangkan sama dia....cantik juga....kepada blogger lawatilah blog kawan aku ni.... kedua aku mau ucap selamat hari lahir tahun yg ke-27 kepada kakak aku yang nombor 2...semalam aku hantar sms pukul 12.30 macam tu lepas baca Yaasin di floor.... Tapi bercerita tentang sambutan majlis hari lahir ni, kenapa kita ucap selamat kepada orang yang menyambutnya...pernahkah kita ucapkan terima kasih kepada mak yang bertarung nyawa melahirkan kita?mungkin kita terlepas pandang dengan insan yang paling penting ini. semalam aku pigi sri pentas, ujibakat jadi moderator program terbitan channel9, mana tau selepas terpilih jadi moderator ni, kerja di channel9 terbitkan program NOTA SUARA AKU versi tv pula kan....hahahha...tapi pengalaman tu bukan semata-mata ujibakat tu...tapi yg lebih penting...aku SESAT dalam perjalanan balik UPM! sedihnya...sudahlah minyak harga pu

Keranda 154

Kita mengaku Melayu, beradat sendi Melayu, nenek-moyang kita Melayu, berbaju kurung, bersongkok sampin, mengarak bunga manggar, mengalun kompang, bertanjak keris, berpijak di tanah Melayu yang menjadi kebanggaan sebahagian rakyat Malaysia, tapi sayang kita kemelayuan luntur mungkin kerana ....... Aku tetap Melayu,walau pakai seluar pendek, nampak bahu di atas! Kita mengaku bahasa Melayu itu bahasa kita, mak bapa nenek datuk moyang dan keturunan kita berbahasa Melayu dalam kehidupan, pantun gurindam menjadi nasihat yang pantang sekali ditentang, apa lagi menarik muka masam, anak cucu cicit pula kurang berbahasa Melayu, diajar tidak disuruh tak mahu.....s*it, da*n, f**k o*f biasa lah, berbudi lah tu, bukannya meninggikan suara pun.... Zaman dah berubah, kenalah berubah juga..... Kita marah ada pihak tidak buat kerja, iklan rojak terpampang besar2, menghiasi papan tanda kedai SEAFOOD BAHAGIA, KEDAI STASIONARI HASSAN, SUPERMARKET MONA, baju2 pekerja buruh apatah lagi, BERSIH BEKAL SERVICE,

Parti mahasiswa

Bila tiba hujung semester, kesibukan mahasiswa tertumpu mencari hotel2 kelas bintang, tahi bintang pun jadilah janji hotel ada bintang juga namanya, akan berduyun2 lah kumpulan mahasiswa, menuju hotel2 3,4,5 bintang, walaupun kemampuan wang memustahilkan mahasiswa makan di tempat sebegini, tapi atas nama bukan selalu dapat berkumpul, sekali seumur hidup jer, yang untung hotel2 3,4,5 bintang juga, makin berkerdip lah bintang... Bila tiba hujung semester, mahasiswa akan meraikan kejayaan menamatkan pengajian di universiti, tiga tahun bukan masa yang singkat, bukan calang-calang orang dapat tamatkan pelajaran dalam tempoh ini, tapi tak tahu apa definisi kejayaan itu, berapa kau dapat dan aku dapat itu tidak penting, orang akan kata graduan juga, kelas berapa orang kampung tak tanya, bertambah lagi lah graduan Malaysia.... Bila tiba hujung semester, tema pakaian mestilah urban, kontemporari yang penting, takut orang kata ditakuk lama, ketinggalan zaman, yang lelaki beli baju sekali-sekala

Jack & Bobby

seperti yang dijanjikan.... Hari ni ubah sikit topik dari yang selalu didengar dalam blog2…tapi tak tahu lah sejauh mana tak kedengarannya, sebab entry dalam blog hanya dibaca dan ditulis….kalau pun di dengar mungkin apabila membaca entry dengan kuat untuk pemahaman akibat keupayaan penulis membawa pembaca ke alam maksud yang lebih dalam….kan? Semalam aku tengok siri Jack & Bobby....siapa pernah tengok iklan dalam tv3 mesti tau siapa watak utama cerita ni...dikisahkan dari kisah benar.....tapi mungkin dengan penambahan supaya cerita nampak menarik....tapi apapun jangan difokuskan dengan fakta2 yang mungkin wujud...sebaliknya pengiktibaran yang diselitkan dalam siri ni amat penting..... Semalam cerita bagaimana ibu Bobby dan Jack ni seorang yang athies...tidak beragama! Bukan lah sesuatu yang mustahil di negara banyak negeri ni....Prof McCalister memperlekeh tentang kepercayaan pelajar2 nya yang beragama...bukan sahaja Islam...sebab yang bertanya tu seorang Islam....bahkan semua yan

MINYAK NAIK, ANGIN PUN NAIK

Hari ni sepatutnya ada entry yang aku tulis semalam...tapi lupa mau bawa pg cc utk di masukkan....entry tu aku masukkan esok ja...tapi ada kaitan dengan rancangan tv semalam...Jack & Bobby.... Tapi tu tidak menghalang aku untuk tulis entry yang panas dua tiga hari ni...minyak naik...macam2 respon yang dapat kita baca...tapi kebanyakan respon menunjukkan ketidaksetujuan mereka tentang kenaikan harga minyak ni....seperti biasa orang atasan akan jadi hero dengan menenangkan rakyat dan masyarakat...rasional kenaikan harga minyak. dan seperti biasalah, kenyataan ni sama seperti kenyataan yang dolu2 juga..... "minyak dunia naik, kita tak sanggup tanggung subsidi banyak2..." "harga kita masih terendah berbanding negara2 lain...." "subsidi ni sepatutnya tak perlu diberikan kepada rakyat lagi, tapi beruntung lah sebab kita masih bagi subsidi" (ni baru aku dengar) reaksi masyarakat memang pantas dalam hal2 yang melibatkan sosial mereka...contohnya, beratur beli

RAIKAN HARI TENTERA DARAT

Entah berapa ramai yang tahu bahawa hari ni merupakan Hari Tentera Darat…mungkin perayaan ini tidak se ‘glamor’ hari Valentine yang disambut oleh kebanyakan kekasih di Malaysia ini. Tapi itu tidak menjadi hal, cuma terkilan tu tetap ada…sebab perayaan di sepatutnya diraikan oleh rakyat Malaysia sebagai tanda terima kasih dan perhargaan kita dengan mereka yang menjaga keamanan negara yang amat-amat-amat kita cintai ini. Tapi kita tidak menunjukkan ke ‘terima kasih’ an kita dengan pejuang2 ini. Tengok sahaja dalam tv tidak ada tanda-tanda untuk menyedarkan penonton dan rakyat tentang kewujudan perayaan ini…. Tidak seperti hari kekasih, dua minggu sebelum 14 Februari, promosi cinta-cintan-cintun begitu diperhebat…bukan sahaja di kaca televisyen, di pusat2 membeli-belah tak usah cerita lah betapa ‘happening’ nya hari ini diraikan….tetapi kenapa apabila hari Tentera Darat sebegini atau tentera laut, mahupun udara…kita tidak mahu menunjukkan ke ‘patriotik’ an kita kepada negara….adakah keran