Skip to main content

Apa-apa la.

assalammualaikum wbt...selamat tengahari seperti biasa la

arini ada sibuk sikit sebab menghadiri kursus di bilik sebelah...sementara tunggu turn ambil makanan, lebih baik tulis entri untuk hari ni dan mungkin bercuti dari blog NSA untuk 5hari... besok dah start cuti Raya Haji, nak naik haji tapi tak cukup duit lagi... nak korban pun, bagi can orang lain buat dulu...aku buat korban bila dah dapat calon kot...hehehe

cerita sedikit separuh akhir muzik2 kategori balada esok malam... tak payah cerita semua lagu yang masuk, cukup sekadar aku menyenaraikan finalis pilihan aku..
1)Dingin-Ziana Zain (penyanyi kesukaan NSA ni)
2)Tanpa- Sixth Sense (lagu ni menyentuh jiwa)
3)Teman Terulung- Anuar Zain (penyanyi tak minat, tapi mesej memang power)
4)Coba-Faizal Tahir (penyanyi dan lagu power cuma loghat indon tu hodoh sikit)
5)Ayu (sokong penyanyi tempatan la sikit..tapi ni pun kalau ada tempat kelima untuk diisi)

ooo...baru ingat apa mau stori hari ni...
besok aku start bercuti untuk menyambut kedatangan Raya Haji isnin ni..walaupun tidak terasa mood raya tu untuk tahun ni, mungkin juga disebabkan mood ofis ni sekarang diselubungi snow...krismas kan bakal menjelang 20hari lagi...jadi ketupat2 yang ada pun ditenggelami oleh snow-snow ni...huhu, tapi balik kampung menyemarakkan semangat balik kampung beraya..lagipun raya sajalah waktu kami berkumpul sekeluarga, makan selantai (duduk meja tak muat, almaklum ahli ramai) dan bergambar sekeluarga...

Nota Suara Aku berhenti disini, kosong dan blur kembali lagi...adios!

Comments

Anonymous said…
Selamat balik kampung dan jangan lupa kembali berblog ya Man hehehe
Abah Mui'zz said…
Paling agung, teman terulung. Tenunan emas, sayap hidupku. Perghhh, untung la kalau dapat jadi semacam itu dalam hati sahabat2.

Tapi lagi sedih bila..."dinginnya bila kau berkata, ruang buatku tiada."

Ekekeke, sori man, saja nak menyampuk.

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...