Skip to main content

Salam Maal Hijrah- Monolog dan Transkrip

Salam Maal Hijrah kepada semua.

Post kali ni agak berbeza dari yang pernah aku suarakan. Buat pertama kali nya post ni dibuat di rumah ku sendiri di sandakan hasil pinjaman broadband dan laptop dari abg ipar ku.. agak sukar juga untuk post ni, tidak serasi dengan keadaan sekeliling yang selalunya formal dan sunyi, dan aku kurang untuk melontarkan apa yang terbuku dalam kepala hotak aku..

Mungkin bila di rumah, aku kurang didedahkan dengan segala macam hal yg berlaku di sekeliling. Almaklum la, aku ni lebih suka berkurung dalam bilik dari mencampuri hal di luar yang sedikitpun tidak berkaitan dengan hidup aku. Justeru, tidak yg harus dan perlu untuk aku ceritakan dan komplen...kurang sikit dosa mengutuk orang kan...

Namun masih ada yang boleh dikongsikan, sebelum aku bersuara nota kali ni, aku melawat (ikut istilah Am) blog blogger yang biasanya aku lawati, dan seperti juga kerja, blog ni akan sunyi dari epekan, klinik tidak berdoktor dan segalanya yg biasa berlaku..

Aku masih dibelenggu satu perasaan berontak dalam hati yang tidak pernah meletus, perasaan yang kembali setelah beberapa lama tidak menunjukkan taring.. Aku berharap tahun ni bukan hanya tahun yang bertukar daripada 1429Hijrah kepada 1430H, aku juga berharap agar berontak ini tidak akan mencemarkan kehidupan aku yang kelihatan putih dan tenang.. apalagi masa yang bertukar kulit menjadi sejarah ini tidak membuatkan aku bangga menjadi manusia..(agak ekstrim bahasa yg aku gunakan) tapi ini sajala bahasa yg menceritakan NSA.

Dan berontak itu, memberi kesan aku tidak boleh melelap mata sepanjang malam dan tiba2 aku mengambil kunci kereta dan meluncurkan diri membelah jalan yang sunyi untuk mencari makna berontak ini...

NSA tinggalkan post kali ni dengan monolog yang sudah lama membuku di hp untuk di Nota kan..

Monolog dan Transkrip
Monolog Aku
Meronta ingin dilepaskan
Meneroka ketenangan yang suatu ketika pernah singgah
Aku ingin kekal dengan redha Allah,
Tapi aku lemah
Lebih aku lemah bila tenggelam
Aku menutup telinga dari mendengar berontak
Aku menutup mata dari melihat telunjuk tidak berotak
Tiada tahu bercakap kesengsaraan
Tiada mahu mendengar teriak
Bukan syurga itu yang ingin ku diami
Kerana aku tidak pernah melihatnya
Bukan bidadari itu yang ingin ku dampingi
Kerana aku tidak pernah terpikat dengan pesonanya
Benar diuji hambaNya yang dicintai
Penyiksaan jiwa yang amat pedih
Dan aku cuba untuk tidak kalah dan menyerah
Aku ingin kecintaanMu ya Allah
Namun transkrip ku tidak setuju...
HamZahidi
1 Muharram 1430H
Sandakan

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!