Skip to main content

KPI

tiba2 hari ni aku buang tebiat datang ofis buat kerja... nak tunjuk rajin kot almaklum la sebulan lagi dah nak confirm( tu pun klu bos aku ni puas hati).. yalah expectation nya telampau tinggi...ala2 tahap gunung kinabalu kot... yg aku ni hanya la mampu bekerja tahap bukit2 saja...

bukan tu saja, aku ni kan manager( ni bukan betul2 manager)... kena la bertungkus lumus bagi memastikan company aku ni dapat ISO taun depan, banyak kena sedia terutamanya dari segi pengetahuan... aku pun heran juga kadang2 dengan bos aku ni, kenapa orang yg zero knowledge ni disuruh pegang jawatan berat ni... tapi bukan aku sorang saja yang kena, boleh dikatakan semua staf di ofis ni pun sama juga dibuatnya.... ko tau tak tau, dia tak peduli...yang penting usaha sendiri... tinggi kan expectation bos aku ni!

dah alang2 sampai ofis, singgah la NSA yang tidak dikunjungi sejak jumaat lepas, pun gara2 ISO ni, kena pegi Beaufort buat inspection... minggu depan banyak lagi tempat kena pegi, tak jamin la dapat singgah tak NSA ni..

semalam stay ruma member yg keja di jakim tu, sbb dia nak minta hantar pegi airport pagi2... alhamdulillah, di sana aku tak sia2 kan kesempatan yang ada untuk mengimbas semula hadith 40 yang telah lama ditinggalkan... terus pinjam buku tu( yaka buku, bukan kitab ka.. apa2 pun sama juga).. almaklum la begini la cara nak membersihkan semula hati yang semakin gelap dan kotor ni...

lagipun aku membaca kitab tu, sementara menunggu perlawanan bola MU vs Hotspur... dan seronoknya menonton di kedai kopi dekat bandaraya.. sedikit bingit telinga bila kereta berlumba dkt jalanraya... macam laju sangat bawa...kalau berani lawan kelisa la...hehehe( ada hati nak lawan)... sambung semula yang seronok nya menonton game MU ni, aku selalu akan jadi kontra kepada golongan majoriti MU ni... dan kalau siapa yg menonton juga, paling best bila gol jaringan Ronaldo dibatalkan... dua2 peminat pun bersorak... mula2 mesti la penyokong MU yang bersorak sebab gol kan, tapi lepas tu sorakan menyindir dari penyokong Hotspur la (aku termasuk yang menyindir ni)....l'pool dan arsenal pun seri juga... maksud nya The Blues akan lead liga balik la malam ni....harap2 nya macam tu... jangan ikut diorang ni... tapi kena jumpa West Ham pula... sedih sebab manager WH ni Zola...idola NSA...

Nota Suara Aku dah alang2 masuk bab bola ni sebenarnya terfikir nak karang surat kepada FAM supaya mengekalkan B. Sathianathan sebagai jurulatih kebangsaan... sekadar memberi pendapat, BS tak seharusnya digantikan kerana hakikatnya bukan dia yang bersalah... setakat ni dia merupakan jurulatih yang mampu menggalas tugas besar ni... dia baru setahun pegang...

apalah Khairy Jamaludin dan Azuddin ni!

tak payah nak bercakap soal KPI la... aku pun kerja ada KPI juga tapi kalau tak capai mana ada bos terus lucut jawatan... tak ka bodoh namanya tu! harap jersi saja NIKE, body fit lagi... tapi mental tak fit pun, baik pakai jenama.... (macam tak da jenama tempatan ni)... ooo pinjam jenama Thai la...adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!