Skip to main content

Hijrah episod II

Hijrah maksud bahasa semata-mata meninggalkan. Dan kalau menurut istilah meninggalkan negeri Makkah lalu berpindah ke Madinah untuk kepentingan agama Islam. Ini dirujuk kepada hadith pertama dalam hadith 40 himpunan Imam Nawawi khusus dengan keadaan waktu itu. Pengertian umum yang berlaku setiap zaman ialah hijrah dari melakukan larangan Allah atau meninggalkannya sama sekali untuk melaksanakan segala yang diperintahkan. Yang dituntut dalam Islam hijrah dengan perkataan, perbuatan dan hati sesuai dengan maksud agama.

Kita sudah semakin jauh dari zaman Nabi s.a.w berhijrah dan indikator ini menjadi tanda kita semakin lupa dengan agama kita. Ditambah lagi dengan desakan hidup dan kemajuan teknologi yang memudahkan kita dekat dengan murka Allah. Di negara2 miskin, mereka berjuang untuk memastikan perut dapat memproses hadaman. Di negara2 membangun, mereka berlumba membina empayar bangunan tinggi tanpa memikir condong langit tidak bertiang. Di negara2 maju, mereka merancang untuk menguasai dunia dengan ekonomi dan teknologi. Itu secara umumnya.

Kalau diselidiki di tempat kita berpijak, kezaliman dan kejahatan dibiarkan. Hanya bunga yang kembang dicantas dan dicantas semula bila tiba masa berkembang. Keadaan ini bukan tidak disedari, tapi demi menjaga hati kawan yang duduk sebumbung. Kita sanggup untuk berlapar demi kawan yang akan memakan mayat kita bila tiba masanya. Kaum keluarga ditindas kerana mereka faham kita bukan sengaja menindas. Apalagi tidak berniat untuk mempersendakan mereka dihadapan kawan melainkan ingin menjaga hati kawan. Almaklumlah tanpa kawan, kita tidak mampu berdiri sendiri. Jangan salahkan diri, bukan kita tidak belajar, tapi tidak diajar apalagi didedahkan dengan wangi dan manis nya agama sendiri…

Di sekolah anak2 muda yang menjadi pewaris dan penyambung agama hanya diajar asas2 agama dan untuk maju, agama tidak boleh dicampur-adukkan. Paradigma ini ditambah lagi dengan ideologi pinjam dari barat yang terbukti memesongkan memori kita. Mungkin terlupa agama tidak boleh diamalkan separuh-separuh. Boleh jadi tidak sampai kepada kita, agama itu nasihat. Alquran dan Hadith Nabi lengkap sebagai rujukan bagi pedagang, para pembuat keputusan dan lebih2 lagi kepada kita yang bergelar hamba…atau sejarah masih tidak mencukupi untuk diteladani, atau bukti yang ada ditelan zaman dan tipudaya kawan… kata Nabi “ tidak kah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?” Jawapan apabila ditanya A’isyah r.a mengapa Nabi sanggup bersusah payah untuk solat malam hingga bengkak kedua belah kaki, padahal Allah telah mengampunkan dosa masa lalu dan akan datang.

NSA menulis bukan untuk menunjuk tahap agama, tetapi sekadar berkongsi kerana diakui untuk membaca bacaan bentuk agama sangatlah sukar dan berat. Sebagai tinggalan hari ni, Imam Nawawi berkata amal yang didasarkan kepada niat yang baik dan ikhlas diterima Allah terbahagi kepada tiga.

Ibadah Hamba - Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah
Ibadah Saudagar - Amal yang dikerjakan untuk mendapatkan syurga dan pahala
Ibadah Merdeka - Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan sedar kehambaan, membuktikan syukur dan merasa diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu diterima atau ditolak amalnya.

Moga kita makin kuat cintakan agama dan memperjuangkannya tanpa berbelah bagi. Takbir Allahu Akbar!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!