Skip to main content

Korban dan Terkorban

"(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?"
(An-Naba':6-7)


syukur alhamdulillah, betul la apa yang aku jangkakan sebahagian dari kita sedar mengapa bencana tanah runtuh ini berlaku sebagaimana yang diulas oleh pendidik melalui gambar dan ayat-ayat al-quran.


begitulah yang sepatutnya diambil kira oleh semua manusia yang tidak menginginkan bencana dan musibah ini dari terus berlaku... segala kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh tangan2 manusia yang rakus dan tamak... tidak pernah mengambil petanda2 yang telah Allah tunjukkan kepada kita...


seperti kejadian banjir yang berlaku setiap tahun di Kelantan, Kedah dan Terengganu khasnya tidak pernah dianggap sebagai petanda dari Allah supaya kita memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat kita sekeliling... ramai yang menganggap banjir ini sebagai kejadian alam yang biasa dan tidak boleh dielakkan lagi... justeru membuat liputan yang meluas terhadap bencana ini tidak perlu..

dalam suasana umat Islam bersedia menyambut kedatangan Hari Raya Korban Isnin lepas, nampaknya ramai yang terpaksa berkorban untuk tidak beraya korban kerana ada yang terkorban gara-gara malapetaka di bukit antarabangsa.


namun bila kejadian tanah runtuh baru-baru ini yang HANYA melibatkan kematian 4 orang di kediaman 14 banglo MEWAH di taman MEWAH ini, liputan yang meluas perlu dilakukan. Apatah lagi ianya melibatkan orang2 kaya di Malaysia... ramailah stesen2 tv yang menjadi hero dan heroin memberikan coverage terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia yang miskin atau kaya... bukan itu sahaja, pasukan2 keselamatan dan penyelamat juga berlumba2 menjadi CICAKMAN atau PEPAYA bertungkus lumus siang malam mencari mangsa kelima seorang amah warga Sri Lanka(walaupun akhirnya hanya bangkai seekor haiwan peliharaan yang dijumpai)...


perspektif pertama yang ingin aku ketengahkan
mengapa baru sekarang diingat kembali tragedi bencana highland tower? kejadian sebegini sudah pun berlaku, cuma yang sekarang ni tidak lah seteruk HT dulu... selepas kejadian itu bermacam benda dilakukan bagi mengelak kejadian yang sama dari berlaku, tapi MALAYSIA mudah lupa... cepat sungguh membasuh muka dan melupakan tragedi yang hitam ini dan membina semula hidup baru... sekarang ni, panel pula ditubuh bagi mengkaji risiko2 yang mungkin akan berlaku rumah2 lereng bukit... kenapa bumi ini yang dikaji? kenapa bukan manusia? semuanya dari tangan2 manusia sendiri yang di atas kertas sudah mengkaji baik-buruk nya pembangunan ini, lulusan dari planet marikh la. Tapi mengapa berlaku juga? Amaran dari Allah ini dibesarkan lagi kerana kita tidak mengambil peduli sedikit pun kejadian tanah runtuh yang memusnahkan sebuah banglo yang mengorbankan 2 adik-beradik dua atau tiga minggu lepas... bukannya tidak ada laporan dari penduduk tapi penduduk tidak ada suara untuk bertempik kepada penguasa...hoi bangunlah... selagi mana kita tidak mempunyai kesedaran tentang keselamatan masing2 selagi itulah kejadian ini akan terus berulang dan berulang...

perspektif kedua berkenaan liputan stesen tv
kejadian ini begitu memberangsangkan liputannya sehingga menenggelamkan reputasi skuad buruk bola sepak negara (sukan nombor SATU!).. sungguh bangga aku melihat betapa PRIHATINnya stesen tv ni menjanjikan kita tidak akan tertinggal satu pun perkara penting dalam kejadian ini... tapi apalah kepentingan nya kepada kita kalau ia hanya menjadi liputan yang mengharap rating tinggi penonton dan di akhirnya dianugerahkan liputan terbaik alam sekitar tahun 2008 dengan hadiah rm25 ribu... seminggu atau bila keadaan reda, tidak ada pun laporan susulan dari mana2 pihak untuk memastikan kejadian ini dari terus berulang... syukur la juga ianya berlaku di ibu negara sebab nya kalau tanah runtuh ni berlaku utara semenanjung confim tidak kan semeriah ini liputannya... orang sekeliling hanya akan memandang dengan sebelah mata sahaja..kalau di sabah jangan cerita la( liputan hanya di surat khabar tempatan)... walaupun begitu, kejadian dahsyat ini masih gagal untuk menyedarkan pihak2 terlibat...

perspektif ketiga
mengapa tuding menuding antara pbt dengan pbt dan parti pemerintah dengan pembangkang bertelagah BARU berlaku sekarang? sebenarnya soalan ni tidak perlu kerana jawapan sama akan kedengaran dari yang bersalah... masing2 tidak mahu pula untuk tampil menjernihkan suasana yang mereka sendiri keruhkan... sebelum pilihanraya, ibaratnya syurga boleh dibeli dengan air liur mereka... selepas PR atau apabila berlakunya kejadian yang buruk, maka semua berusaha mencuci tangan dengan air yang kotor ni, padahal semua pun tahu... semua pun nampak bila satu pihak berkata rekod menunjukkan bukan mereka yang meluluskan projek terbabit... di pihak yang lain pula membidas pemerintah sekarang sepatutnya melarang sebarang pembinaan projek lereng bukit... tolongla! kejadian ni bukan untuk saling meludah antara satu dengan lain...tidak akan ditemui jalan penyelesaian... duduk semeja cari keputusan dan paling penting laksanakan segera dan tegas...

perspektif keempat
jauh dari menyimpang kejadian tanah runtuh tapi masih melibatkan terkorban... perasan atau tidak majoriti yang ditemuramah adalah melayu tapi maaflah...dah duduk di bukit antarabangsa, terpaksa mengorbankan bahasa Melayu yang ada... terkejut dengan bencana kot, menjawab soalan wartawan pun dengan bahasa antarabangsa.. tapi tu semua tidak penting sangat la.. aku pun dah tak pandai cakap Melayu sekawang ni..

Nota Suara Aku hanya membentang pendapat yang datang dari seberang laut china selatan... tidak untuk didengar mahupun diambil perhatian, hanya untuk ulasan dan sejarah masa depan..
adios!

Comments

Anonymous said…
Yang Am tak tahan tu ada kempen kutip derma untuk membantu mereka di TV3, bukan Am nak mengutuk tapi yang kena tu Banglo MEWAH, sekali lagi banglo mewah. Takkan nak minta derma untuk rakyat Malaysia juga kot
irman_rahs said…
bukan Am saja yang tak tahan, penulis blog ni pun sama juga, cuma tak sampai hati nak tulis dalam ni...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka

Aku Masih Ada

Hari ni baru ada kesempatan masukkan entry. Inipun entry yg sekadar menunjukkan aku masih wujud dlm blog ni..bercerita tentang kerja yg buat sekarang ni, masih hijau rasanya dalam bidang ni. Hakikatnya memerlukan ketabahan dan tetap dengan matlamat yang ingin dicapai...Kalau diikutkan mau juga kerja yang lebih bagus, tapi mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam alam pekerjaan...Aku cuba untuk bertahan dalam 2-3bulan lagi... Esok mau pg interview satu kerja yang lebih bagus..insyaAllah dapat kerja tu lagi bagus.... Dalam seminggu dua ni, kita banyak didedahkan dan disogok dengan berita yang kadang2 mengelirukan... Dan aku mau petik cerita komen yang diberikan oleh bekas PM kita terhadap Pak Lah...Pada pendapat aku, ni cuma satu bentuk propaganda daripada bekas PM kita bagi menyelamatkan reputasi Pak Lah yang dari hari ke hari dapat dilihat semakin lemah. Tengok bagaimana respon daripada semua menteri2 yang menunjukkan sokongan yang padu terhadap PM kita ni. Dengan adanya sokongan sebeg

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky....